“Mustahil Tak Sayang Dar4h Dag!ng Sendiri” – Syada Amzah Rindu Berkumpul Adik-beradik

AIR dicincang tidak akan putus.

Itu perumpamaan yang dapat digambarkan tentang luahan penyanyi Syada Amzah yang meluahkan rasa rindu terhadap kesemua adik-beradiknya.

Pelbagai kontroversi melanda keluarganya sebelum ini, Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 26, memberitahu adalah mustahil dia tidak menyayangi darah dagingnya sendiri.

syada 4

Syada mahu berkumpul semula bersama adik beradik.

Meskipun begitu, Syada memberitahu walaupun agak mustahil untuk mereka semua berkumpul seperti dahulu namun dia tetap menyayangi mereka semua.

“Mustahil tak sayang darah daging sendiri. Rindu seluruh keluarga saya, bukan sekadar individu sahaja.

“Rindu berkumpul semua lengkap walaupun mustahil. Sayang semuanya,” katanya.

Syada berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Isnin.

Menerusi hantaran tersebut, Syada turut memuat naik foto dia bersama kakaknya, Shila Amzah dan dua abangnya iaitu Syafiq Amzah dan Syahir Amzah ketika mereka masih kecil.

VIDEO;

Sementara itu, ibu Syada iaitu Fauziah Sarman turut berkongsi beberapa foto memaparkan kesemua anak-anaknya ketika masih kecil.

Perkongsian yang memperlihatkan mereka semua kelihatan gembira dan akrab seolah-olah menggambarkan rasa rindu seorang ibu terhadap anak-anaknya.

Syada 6

Syada kini tinggal bersama ibunya Fauziah di rumah yang baharu.

Fauziah turut berkongsi kata-kata seorang pempengaruh media sosial mengenai ujian hidup dihadapinya.

Kata-kata tersebut menyebut ujian di dalam hidup seseorang itu merupakan tanda Allah SWT menyayangi hamba-Nya.

“Jangan seronok sangat jika belum diuji, boleh jadi Allah dah tak pandang kita lagi.

“Tanda Allah sayang hamba-Nya adalah melalui ujian, belum beriman seseorang hamba Allah selagi dirinya belum diuji,” kongsinya.

Syada 7

Antara foto mereka sekeluarga beraya sebelum berlaku perselisihan faham.

Sebelum ini, keluarga Fauziah menjadi bualan hangat netizen selepas Shila didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo miliknya terletak di Hulu Langat.

Namun Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, menafikan perkara tersebut dan menjelaskan niatnya mahu mencari rumah baharu lebih selesa buat ibunya.

Bagaimanapun isu tersebut dilihat sudah selesai selepas Syada dan Fauziah sudah berpindah ke rumah baharu selain penyanyi tersebut dalam proses menjual banglo tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*