Impian Aisyah Hijanah Miliki Rumah Idaman Termakbul, Komen Alif Teega ‘Tahniah Kak Aisyah’ Curi Tumpuan!

 

Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila Allah memakbulkan doanya untuk memiliki kediaman sendiri.

Menurut Aisyah, dia tidak pernah menyewa mana-mana rumah selepas berkahwin dengan Alif. Ini kerana, mereka menumpang rumah nenek dan rumah sewa mentua sahaja.

Nak buat majlis ilmu

Alhamdulillah ala kulli hal, Aisyah ingat lagi dulu lepas kahwin memang tak menyewa mana-mana. At that time, tumpang rumah nenek dan rumah sewa mertua. Daripaad kecil, Aisyah hidup menumpang rumah nenek. Dan akhirnya Allah jawab doa Aisyah untuk ada dream house sendiri.

Benarlah, sabar itu ada manisnya. Hanya orang yang melalui ujian untuk bersabar sahaja yang akan rasa betapa manisnya balasan Allah dengan kesabaran.

Tambah Aisyah, impiannya untuk mengadakan majlis ilmu di rumah bakal terlaksana tidak lama lagi.

Setiap kali pergi rumah orang yg selalu buat majlis ilmu, terdetik dlm hati “one day aku nak buat majlis ilmu dekat rumah, panggil orang datang”. Alhamdulillah Allah makbulkan. Kita sebagai hamba ni jangan malu meminta dan yakinlah Allah tak akan pulangkan tangan kita dengan tangan yang kosong, sama ada di dunia ataupun Akhirat.

Ujar Aisyah lagi, dia berharap rumah yang hampir siap itu bakal menjadi rumah yang penuh dengan keberkatan, mawaddah dalam keluarganya.

Aisyah nak panggil ustazah buat kelas haid dan istihadhah selalu untuk muslimat secara percuma sahaha untuk semua. Doakan agar rumah ni menjadi asbab untuk Aisyah dan Alif dengan pahala yang berpanjangan sampai ke syurga.

Menerusi pemerhatian pihak Admin!, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen Aisyah selepas Alif mengucapkan tahniah. Lebih mencuri tumpuan, Alif memanggil isterinya dengan gelaran ‘Kak’.

Komen tersebut turut menjadi persoalan dalam kalangan netizen sama ada ia ditulis oleh Alif sendiri ataupun orang lain?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Sumber: Aisyah Hijanah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*