Pernah Berlakon Filem Hollywood, Begini Keadaan Pelakon Popular Era 80an Dharma Harun Sekarang

Dharma Harun

” Sekarang saya susah hendak ingat apa-apa. Kadang-kadang, saya tahu perkara itu, tapi hendak cakap itu yang susah.”

Itu luahan seniman popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid yang kini mengalami masalah kesihatan.

Menurut Dharma, 68, beliau mengalami beberapa kesadv n sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu termasuk menghidap asma selepas diserang angin ahmar pada 2019.

Justeru, beliau masih perlu mengambil ubat dan melakukan latihan untuk menguatkan ingatan seperti yang disarankan oleh doktor.

” Jadi, untuk karier seni, saya memang tak boleh hendak mengarah atau berlakon.

” Saya hanya perlu ikut sahaja apa diarahkan dan berusaha untuk ingat sesuatu.

” Doktor juga nasihatkan saya untuk paksa dan buat latihan untuk memori saya.

Disebabkan itu, saya tengok semula filem-filem lama,” katanya kepada BH Online.

Dharma yang muncul di layar perak buat kali pertama menerusi filem Adik Manja pada 1980 berkata, dia masih menerima tawaran lakonan, namun terpaksa menolak disebabkan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

” Penerbit seperti Datuk Yusof Haslam dan Richard Ung ada panggil untuk berlakon, tapi saya terpaksa tolak sebab tak boleh berdiri lama dan pinggang juga tak berapa kuat.

” Tapi, kalau ada watak yang sesuai dan mampu untuk dijayakan, mungkin saya akan ambil sebab jiwa masih lagi dalam bidang lakonan.

” Seingat saya, kali terakhir berlakon lebih 10 tahun lalu,” katanya ditemui pada program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Menerusi program itu, Dharma menitiskan air mata sebaik menerima kunjungan daripada wakil Perdana Menteri.

Dharma kini tinggal bersama dua anaknya, Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, yang sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Sementara itu menerusi perkongsian di Facebook pada 2022 memaklumklan anaknya Syafiq Dharma bersama PU Rahmat telah menghostkan program dekorasi rumah2 ibadat di di TV Al Hijrah.

Bersahabat karib dengan Allahyarham Hamid Gukha.

Umum mengetahui Dharma bersahabat baik dengan pelakon lawak lagenda, Allahyarham Hamid Gurkha.

Malah sepanjang penglibatan dalam dunia seni lakonan, Dharma telah beberapa kali terbabit dalam filem atau drama bersama Allahyarham.

Antara filem yang membabitkan mereka berdua adalah Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984) serta beberapa drama lain.

Dharma pernah berlakon filem Hollywood

Sekadar info, mungkin ramai tidak tahu bahawa Dharma pernah berlakon dalam filem Hollywood berjudul Fifty/Fifty (1992) dan Anna & The King (1999).

Diberi peluang memegang watak sampingan, Dharma menimba pengalaman berlakon bersama pelakon Robocop iaitu Peter Weller dalam filem Fifty/Fifty.

Sementara dalam filem Anna & The King pula Dharma memegang watak sebagai Noi,  pengawal kepada hero utama iaitu Chow Yun Fat.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, macam mana boleh ada ramai orang Malaysia berlakon dalam dua filem ini?

Kalau anda nak tahu, filem ini sebenarnya dihasilkan di Malaysia.

Fifty/Fifty merupakan sebuah filem komedi aksi dan pengembaraan Amerika pada tahun 1992 yang latar tempatnya banyak dirakam di Pulau Pinang, Malaysia.

Selain Dharma dan Ramona Rahman, turut berlakon dalam filem itu adalah Allahyarham Mr. Os.

Sementara filem Anna and The King pula, meskipun berkisarkan raja Siam tetapi kebanyakan dirakam di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, Ipoh dan Langkawi.

Ini atas alasan tidak mendapat atau lambat mendapat kebenaran oleh kerajaan Siam untuk menjalankan pengambaran di kawasan-kawasan yang tertentu.

Jadi, antara lokasi yang dilakonkan di Perak adalah Ipoh, Rumah Asal Raja Bilah di Papan, Kellie’s Castle di Batu Gajah dan Sungai Perak di kawasan Parit.

Selain Dharma, turut berlakon filem Anna and The King adalah Harith Iskander, Afdlin Shauki, Zaibo, Mahmud Ali Basha dan Ellie Suriati.

VIDEO;

Sumber: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :https://sinar2u.com/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*