Tahniah! Shakilla Khoriri Tamatkan Zaman J4nda, Cantik Berbusana Songket Putih

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pelakon Shakilla Khoriri bakal menamatkan zaman jandanya pada Sabtu ini.

Berita tersebut disahkan oleh rakan selebriti yang hadir ke majlis perkahwinannya iaitu pelakon Ramona Zamzam.

Menerusi perkongsian Ramona, dia menzahirkan ucapan tahniah buat Shakilla yang dilihat mengenakan busana songket serba putih.

“Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan Ameena,” tulisnya ringkas diruangan kapsyen.

Dalam foto itu, Shakilla dilihat manis mengenakan busana songket putih, sedondon bersama anak perempuannya, Ameena.

Selain Ramona, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada turut menghadiri majlis tersebut.

Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan ameena.

VIDEO:

Difahamkan, Shakilla bernikah dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini yang dikenali sebagai Fariz Zulkeply.

Aktres itu pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada Februari 2018  sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Fizi kemudian bernikah dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023 yang lalu.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*