Jurutera gaji 18K nikah bini nombor 2! Isteri pertama tolong carikan… Beb4n berkurang, bahagi ‘tugas’ layan b4tin suami dengan m4du

RAMAI isteri menolak amalan poligami kerana tidak sanggup untuk berkongsi suaminya dengan wanita lain.

Namun, lain pula cerita wanita ini yang dilihat gembira ‘menghadiahkan’ seorang madu buat suaminya.

Menerusi perkongsian di X, wanita itu turut memuat naik sekeping foto ketika majlis perkahwinan suaminya dengan isteri kedua.

Ramai isteri menolak amalan poligami kerana tidak sanggup berkongsi kasih. -Gambar hiasan

Update pasal pencari madu hari tu. Dah selamat dah, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik ya untuk aku dan keluarga.

“Banyak gila drama sebab keluarga semua tak setuju. Kahwin kat pejabat agama je sebab nak elakkan drama. Nak selesaikan yang penting baru fikir majlis.

“Pelamin pun pejabat agama punya je. Yang datang waktu nikah cuma keluarga belah perempuan dan aku. Keluarga suami semua tak datang,” ujarnya.

Keluarga suami aku tengah bising, marah-marah. Aku pun tak faham kenapa mereka marah, sedangkan aku okay je.

ISTERI PERTAMA

Menurut wanita itu, dia hanya mengabaikan pandangan serong ahli keluarganya kerana dia sendiri tiada masalah untuk menjalani hidup berpoligami setakat ini.

“Tak apalah apa orang cakap sekali pun. Aku okay je. Mereka dah kahwin dua minggu. Aku pun bahagia je. Tiada benda aneh setakat ini.

“Dia (madu) kerja juga sebagai akauntan, lebih kurang kerja aku. Jadi masing-masing faham. Sekarang ni giliran dia weekday, aku weekend. Mungkin nanti akan tukar kot. Ikut dia nak macam mana, aku ikut je.

“Majlis belah perempuan buat masa raya nanti kot. Keluarga suami aku tengah bising, marah-marah. Aku pun tak faham kenapa mereka marah, sedangkan aku okay je,” ujar wanita itu.

Dia turut berterima kasih kepada pemilik akaun X @meinmokhtar yang membantu ‘mengiklankan’ pencarian madunya sekitar November tahun lalu.

Untuk rekod, kisah wanita itu yang mencari isteri untuk suaminya pernah disiarkan mStar, juga pada November 2023 selepas ‘iklan’ tersebut tular di media sosial.

Menerusi perkongsian pada waktu itu, dia meluahkan hasrat mencari isteri kedua buat suaminya kerana tidak mampu untuk memberi layanan batin.

Kadang-kala kehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan

“Aku nak cari wife lagi satu untuk husband aku sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stress, jadi sex drive dia tinggi nak mampus,

“Jadi aku nak cari la wife lagi seorang untuk dia sebab aku tak larat,” ujar wanita itu.

Paling menjadi perhatian, wanita itu mendedahkan suaminya merupakan seorang jurutera dengan gaji RM18,000 sebulan.

Menurut wanita itu, dia juga mempunyai kerjaya dengan gaji bulanan RM6,000.

Dia turut berjanji untuk memberi elaun bulanan sebanyak RM3,000 kepada wanita yang sanggup menjadi isteri kedua suaminya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*