AJL38 kemenangan pertama dalam karier, Amir Jahari masih rasa pelik

PENYANYI dan komposer Amir Jahari masih berasa pelik dengan kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung pada malam Ahad.

Amir atau Mohammad Amirullah Jahari, 32, berkata, ia mungkin disebabkan ini merupakan kali pertama dia bergelar juara sejak melibatkan diri dalam dunia seni sejak 13 tahun lalu.

“Saya gembira dan terkejut sebab sudah banyak kali masuk pertandingan tapi tak pernah menang.

“Paling tinggi, ada satu acara itu pun dapat nombor dua tapi tak pernah bergelar juara. Ini satu perasaan yang sangat pelik,” katanya.

Persembahan Amir menyentuh hati penonton.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas lagu ciptaan dan nyanyiannya iaitu Hasrat diumumkan sebagai juara AJL38.

AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil turut memperlihatkan Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas AJL 11 tahun lalu, Amir juga tidak pernah meletakkan sebarang harapan namun bersyukur rezeki memihak kepadanya.

VIDEO DETIK KEMENANGAN

@tv3malaysia

Tahniah Amir Jahari! Perjalanan yang jauh, sekarang piala AJL itu milik Amir Jahari. Tahniah ! #AJL38 #AJLPalinglkonik #Muzikaverse #RoadToAJL38 #alhaalfamuzikaverse alhaalfaxaj|38

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Malah kata Amir, percubaan kembali aktif dalam dunia seni sejak dua tahun lalu ternyata membawa tuah atas kesabaran dalam mengetengahkan muziknya kepada pendengar.

“Bagi saya permulaan semula pada 2022 adalah satu keajaiban.

“Alhamdulillah dapat bergelar juara tapi jauh di lubuk hati saya ia bukanlah bermakna segala-galanya,” ujarnya.

Pelakon filem Imaginur iaitu Beto dan Diana turut membuat kemunculan pada persembahan Amir.

Tampil dengan konsep solidariti terhadap rakyat Palestin, Amir merancang menggunakan wang kemenangannya untuk menghasilkan karya lebih bermutu selepas ini.

“Sebelum AJL saya memang rancang hendak keluarkan single baru tapi tiba-tiba dapat masuk AJL, jadi terpaksa tangguh.

“Tahun ini juga saya akan keluarkan album ketiga. Kemenangan ini saya lihat sebagai batu loncatan untuk kerjaya dan membesarkan tiga orang anak saya,” katanya.

VIDEO

@stanleyj_

Hasrat – Amir Jahari – Juara AJL38 #anugerahjuaralagu #ajl38 #tv3 #alhalafa

♬ original sound – StanleyJ – StanleyJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*