Selebriti media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video sedang bergelut untuk mencium hajar aswad ketika menunaikan ibadah umrah.
Difahamkan, Hafiz berusaha untuk memastikan team yang dibawanya dapat mencium hajar aswad sehingga ihram yang dipakainya terbuka.
Terbaru, pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia Amin Idris menegur video yang sedang hangat diperkatakan itu.:
Amin Idris bagi teguran
Ada empat teguran utama yang dibuatnya iaitu pertama mengenai tujuan membuat content ketika beribadah.
Amin menasihatkan jemaah supaya fokus kepada ibadah kerana tidak semua orang berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah.
Jelasnya lagi, jika ibadah berbelah bahagi, hasilnya jemaah gagal menerapkan tarbiah umrah ke dalam diri. Dan apabila pulang ke tanah air, tiada apa perubahan yang berlaku.
Teguran kedua, penting untuk umat Islam beribadah dengan ilmu. Bila ada ilmu, jemaah tidak akan buat perkara yang tak sepatutnya di tanah suci. Kemampuan bukan je dari segi duit, tetapi kemampuan berfikir berdasarkan ilmu.
Yang ketiga, tindakan mencium hajarul aswad bukan kerana ianya ‘hajarul aswad’ tetapi kerana Nabi Muhammad SAW mencium batu tersebut. Yang keempat, Amin Idris menerangkan mencium hajarul aswad adalah sunat bukannya wajib.
Video penuh:
@iamaminidris Pesan Nabi kepada Saidina Umar: عَنْ أَبِي يَعْفُورٍ الْعَبْدِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ شَيْخًا بِمَكَّةَ، فِي إِمَارَةِ الْحَجَّاجِ يُحَدِّثُ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ : ” يَا عُمَرُ، إِنَّكَ رَجُلٌ قَوِيٌّ، لَا تُزَاحِمْ عَلَى الْحَجَرِ، فَتُؤْذِيَ الضَّعِيفَ، إِنْ وَجَدْتَ خَلْوَةً فَاسْتَلِمْهُ، وَإِلَّا فَاسْتَقْبِلْهُ، فَهَلِّلْ وَكَبِّرْ “. Daripada Abi Ya’fur Al-Abdiy, dia berkata: Aku telah mendengar seorang tua di Mekah, ketika pemerintahan Al-Hajjaj, menceritakan daripada Umar bin Al-Khattab -رضي الله عنه-, bahawa Nabi -صلى الله عليه وسلم- telah bersabda kepada beliau: “Wahai Umar! Sesungguhnya engkau seorang lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak pada Hajar (Aswad), lalu engkau akan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati kekosongan, maka engkau sentuhlah ia, jika tidak, maka engkau menghadaplah (kepada)nya, lalu engkau bertahlillah dan bertakbirlah”. [Musnad Ahmad no. 190]
Pengacara ini berkata, dia perlu menegur secara terbuka kerana video berkenaan telah viral dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang keliru menganggap tindakan tersebut perlu dilakukan jika ke Mekah.
Video yang dimuat naik Hafiz bagaimanapun telah dipadam selepas dikecam ramai.
Kredit: TikTok Amin Idris
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : oh media
Leave a Reply