Al-Fatihah , Pemain dram Cromok Al-Fatihah Miji meningg4l dunia akibat k4nser hati 

BEKAS pemain dram kumpulan thrash metal popular Cromok iaitu Miji meninggal dunia pada pukul 10.40 malam pada Rabu.

Berita pemergian Allahyarham Miji atau Tarmizi Mokhtar, 58, dikongsikan pemain gitar kumpulan berkenaan iaitu Karl di Facebook miliknya.

Karl turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada Khamis namun masih belum menetapkan masa dan lokasi proses berkenaan.

“Kami mengundang anda semua untuk turut serta dalam doa dan memberikan sokongan kepada keluarga Allahyarham di masa kesedihan ini.

Miji (tengah) bersama Sam (kiri) dan Karl.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar dan reda,” tulisnya.

Pada Ahad lalu, Karl menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Miji sedang dirawat di hospital akibat kanser hati tahap empat.

Berita tersebut mengejutkan peminat setia kumpulan berkenaan ekoran pada Oktober tahun lalu Miji mengumumkan pengunduran diri daripada Cromok akibat masalah kesihatan.

Pengumuman itu dibuat ketika konsert Ulang Tahun ke-30 Cromok – Forever In Time yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Miji adalah anggota asal Cromok bersama Karl yang menubuhkan kumpulan itu ketika mereka menyambung pengajian di Sydney, Australia pada 1987.

Selain Miji dan Karl, Cromok turut dianggotai oleh Sam yang bertindak sebagai penyanyi dan bas serta Din (gitar dan penyanyi).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*