Aliff & Ruhainies Dibebaskan, Bakal Didakwa Masa Terdekat

Urusan kes khalwat pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selesai kira-kira jam 2 petang.

Aliff, Ruhainies dibebas

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua selebriti itu dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum itu, terdapat beberapa buah kenderaan memasuki bahagian lobi Jawi dipercayai bagi mengambil kedua-dua artis tersebut.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan. Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah kemudian mengesahkan pelakon lelaki tersebut merupakan abang iparnya, Aliff Aziz.

@ohbulanofficial

Replying to @yunho’s lope Aliff Aziz dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain selepas ditahan kerana berkhalwat malam tadi menurut petikan daripada Buletin TV3 #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #dibebaskan #dengan #jaminan #sementara

♬ suara asli – liriiklagu – liriiklagu

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*