CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Satu demi satu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara mendedahkan kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Video 25 Februari

 


Menerusi laporan, video yang bertarikh 25 Februari itu memaparkan Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Ruhainies memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa tas tangan dan Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Dalam pada itu, sumber berkata, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

Berdasarkan gambar sumber itu, mereka yang dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Terdahulu, media melaporkan Aliff dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah.

VIDEO BERKAITAN

@hmetromy

“Ya, mereka ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” kata adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah sekali gus mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pelakon wanita adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*