Akaun TikTok Lenyap Lepas Kena Ser4ng Dengan Netizen, Jelita Wardrobe Akhirnya Minta Maaf

Jenama pakaian muslimah, Jelita Wardrobe baru-baru ini dikecam hebat gara-gara menampilkan Aslam dan Marissa Dania sebagai model.

Dalam masa yang sama, Jelita Wardrobe turut mengambil isteri pertama Aslam iaitu Umisya sebagai model dan tidak memaklumkan lebih awal mengenai pembabitan Marissa.

Memang teruk lah butik ni kena serang dengan netizen kerana tindakan butik itu dianggap tidak sensitif.

Terbaru, Jelita Wardrobe tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Dalam kenyataan itu, Jelita Wardrobe berkata pihaknya berpegang teguh kepada etika dan ketelusan dalam semua tindakan yang dibuat.

Hasil tinjauan ke TikTok, akaun rasmi jenama pakaian ini dikatakan sudah lenyap selepas isu kontroversi tersebut.

Netizen menasihatkan semua usahawan supaya menjadikan isu ini sebagai pengajaran dan berhati-hati dalam membuat sesuatu.

Kredit: Instagram Jelita Wardrobe

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Media

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*