Kunci mulut isteri hamil, MK hanya mohon doa… Teruja tahun pertama Ramadan sebagai suami

TIDAK mahu mengiyakan atau menafikan, penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique meminta orang ramai mendoakan yang terbaik tentang khabar angin isterinya iaitu Siti Hajaar sedang hamil.

Kata MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, dia juga pasti akan berkongsi kepada peminat tentang cerita tersebut apabila sudah tiba masa yang sesuai.

“Insya-Allah doakan yang baik-baik. Saya akan kongsi apabila sudah tiba masa yang sesuai,” katanya ringkas kepada mStar.

MK belum sedia kongsi berita kehamilan isteri.

Peminat mula membuat andaian Hajaar kini sedang hamil selepas melihat perubahan fizikal meneruis beberapa perkongsian di laman sosial sebelum ini.

Sementara itu berakap tentang sambutan Ramadan pertama mereka selepas bergelar suami isteri, MK meluahkan rasa teruja dan mahu memberi lebih tumpuan melakukan ibadah.

“Tiadalah perancangan spesifik sepanjang Ramadan ini, cuma lebih fokus kepada ibadah. Saya ingatkan isteri supaya tidur dan bangun awal dan rancang apa yang boleh dilakukan selepas sahur.

“Saya juga harap jadual kerjaya seni dipermudahakan seperti sekarang ini.

“Syukur walau sibuk, tetapi tidak pernah ganggu waktu untuk ibadah. Jadi sepanjang bulan Ramadan ini juga saya tidak mahu jadual kerja yang padat,” ujarnya.

Berkongsi tentang juadah pilihan ketika berbuka dan sahur, MK memberitahu dia lebih gemar makan hasil air tangan isteri sendiri di rumah.

MK dan Hajaar bernikah pada Jun tahun lalu.

“Isteri saya tahu apa yang saya suka dan dia akan masak mengikut kesesuaian. Dia sangat bertanggungjawab dan belajar memasak makan kegemaran saya.

“Saya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang tahu memikul tanggungjawab sebagai suri rumah dengan baik,” luahnya.

Untuk rekod MK dan Hajaar bernikah pada 16 Jun lalu di Ampang, Selangor.

VIDEO

@beunitahq

Agak-agak macam muka siapa eh mini MK & Hajaar nanti?😍🤭 #fyp #mk #mkhajar #sitihajar #mkclique #berryfull #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty @Inayah Beauty Trading

♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*