“Saya Sayang Persahabatan Saya, Harap Bella & Aliff Tak Akan Berpis4h” – Ruhainies Akhirnya ‘Buka Cerita’ Situasi Sebenar Hari Ditangkap Kh4lwat

Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Ruhainies berkongsikan situasi yang berlaku pada malam dirinya dan aktor, Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh pihak JAWI.

Semuanya salah faham

Jelas Ruhainies dalam hantaran yang dikongsikan di Instagram, pada malam tersebut Aliff sepatutnya bertemu dengan keluarga Ruhainies memandangkan mereka rakan baik dan sudah kenal dengan keluarga masing-masing.

Tetapi akibat kesesakkan lalu lintas, kakaknya iaitu Risteena sedikit lambat sampai ke kondominium milik Ruhainies dan disebabkan itu, mereka meluangkan masa untuk berborak sambil menunggu keluarga dan rakan yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Terkejut pihak JAWI ketuk pintu

Alangkah terkejutnya Ruhainies apabila terdapat suara lelaki yang mengetuk pintu rumahnya dan itu merupakan pihak JAWI selepas diberitahu oleh Risteena yang ketika itu berada di luar rumah tersebut.

Setelah berbincang dengan cara elok, Ruhainies akhirnya membuka pintu dengan syarat hanya pihak JAWI sahaja yang boleh memasuki rumahnya tanpa ada pihak-pihak yang lain.

Sayang persahabatan dengan Bella

Sedar atas kekhilafan diri sendiri, Ruhainies memohon maaf kerana sedar situasinya bersama Aliff itu juga salah disisi agama dan berharap agar rakan baiknya, Bella tidak berpisah dengan Aliff atas sebab situasi yang sudah berlaku ini.

Bahkan aktres tersebut sanggup berhadapan dengan Bella untuk berbincang mengenai isu yang sudah terjadi ini apabila pihak Bella sudah bersedia.

VIDEO

@xtra_my

Replying to @Mi Amor8126 Ini kenyataan Ruhainies mengenai kontroversi bersama pelakon Aliff Aziz.#fyp #xtra #ruhainies #jawab #bukamulut #isu #khalwat #aliffaziz #beritadititktok #sembangentertainment

♬ original sound – rashied ghoul – rashied ghoul

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaraa

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*