Abby Abadi Simpan Sijil Nikah Marissa & Aslam

Kisah membabitkan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Terbaharu, Abby Abadi membuka mulut menjawab segala persoalan ramai berhubung dakwaan yang membabitkan anak perempuannya itu.

Marissa, Aslam dah nikah di Thailand

Menerusi satu temu bual, Abby Abadi akhirnya mengesahkan anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti dakwaan yang tular baru-baru ini.

Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya. Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.

Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai.

Dalam pada itu, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam.

Saya tak tahu. Memang di luar jangkaan. Saya balik hari tu, suami tengok CCTV ada kawan perempuan Marissa di rumah. Lepas tu baru saya tahu dia dah terlepas ke Thailand.

Rupanya dia letak kawan dia dekat rumah macam ganti dia supaya tak tahu dalam bilik tu tak ada orang. Sangat-sangat tak terjangka di akal.

Tambah Abby lagi, dia hanya mengetahui maklumat mengenai keberadaan Marissa di Thailand selepas mendapat bantuan daripada rakan polis.

Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.

Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup. Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka.

Sementara itu, Abby mengakui sudah reda dengan pernikahan tersebut dan percaya apa yang terjadi itu adalah ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

Video

@astrogempak

Dah nampak dekat cctv tapi dah terlambat nak halang😔, semoga Abby Abadi dan keluarga tabah hadapi semua ujian ni🥲 Nantikan video penuh GMW: Motif Trending 🗓️ Setiap Isnin 📱 Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/bln (JIMAT 30% – tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99). WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. #MotifTrending #GMWMotifTrending #GempakMostWanted #GempakMostWanted2024 #AstroBaharu #TakMacamDulu

♬ original sound – Gempak – Gempak

Sumber: Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*