Diminta boik0t Aliff Aziz, jenama fesyen Rizman Ruzaini tak campur urusan peribadi

MENYEDARI kontroversi melibatkan model kempen raya mereka iaitu Aliff Aziz, jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi pelakon itu.

Kata Rizman atau Rizman Nordin, 39, jenama mereka tidak terkesan dengan kontroversi berkenaan dan enggan melayan sebarang kecaman melampau daripada netizen.

“Tak terkesan sebab selebriti kami ramai sangat. Kedua koleksi kami pun sangat besar, jadi tidaklah tercalit sangat pada kami. Lagipun dia (Aliff) bukan main muses (wajah utama).

 

Aliff antara selebriti muses jenama RR untuk kempen raya tahun ini.

“Kami daripada Rizman Ruzaini sebenarnya memang tak nak campur dan sebolehnya tak mahu ada kontroversi apa-apa… kami hanya buat kerja kami sahaja.

“Macam sekarang kalau tengok ada komen-komen negatif di IG. Tapi itu rumah (IG) kita, jadi kalau orang datang mencemarkan rumah kami tu, kami block sahaja,” katanya.

Rizman berkongsi perkara itu semasa ditemui di Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini yang diadakan di Rumah Tangsi Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rizman Ruzaini mengakui ada netizen mahu memboikot jenama mereka gara-gara menggunakan Aliff sebagai salah seorang model dan wajah koleksi raya tahun ini.

Rizman bagaimanapun menjelaskan mereka sebagai pereka fesyen sama sekali tidak terlibat dalam isu peribadi selebriti dan hanya bergerak sebagai entiti perniagaan.

“Komen tu macam nak boikot kami, tapi kami rasa kami tak bersalah.

“Sama macam Fiziwoo yang ambil Ruhainies sebagai duta. Kami ini tak bersalah dan kami hanya buat kerja kami.

“Di pengakhirannya kerjasama dengan artis ini adalah untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun hubungan kami dengan Aliff atau Bella memang tiada masalah,” jelasnya.

Komen tu macam nak boikot kami, tapi kami rasa kami tak bersalah.

RIZMAN

PEREKA FESYEN

Sementara itu, Rizman memberitahu kerjasama mereka dengan Aliff hanya untuk sesi fotografi sahaja, manakala isterinya iaitu Bella Astillah mempunyai komitmen tambahan bersama jenama ini.

“Kerjasama kami masa sesi fotografi tu sahaja. Tapi untuk Bella kita ada meet and greet bersama pembeli.

“Kalau nak ikutkan sebelum pemilihan artis tu pun kami dah tapis untuk elak kontroversi macam apa yang berlaku.

“Sebab pada masa depan perkara itu imej bagi sesebuah jenama. Kami memasarkan perniagaan jadi tak boleh isu-isu kontroversi ni.

Isu kontroversi Aliff dan Ruhainies hangat diperkatakan di media sosial.

“Kami pula tak percaya bahasa bad kontroversi satu taktik pemasaran. Bagi kami semuanya kerana hasil kerja,” ujarnya.

Sebelum ini, isu kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi bualan di media sosial.

Sehinggakan terdapat gerakan netizen mahu memboikot mereka dan produk berkaitan gara-gara isu kontroversi berkenaan.

VIDEO

@mediahiburanofficial

Menurut Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Rizman Ruzaini iaitu Rizman Nordin, meskipun jenama mereka turut terkena tempias, namun, dia tidak mahu terlalu memberikan fokus terhadap perkara itu. #MHnews #MediaHiburan

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*