PELAKON Norman Hakim menegaskan dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab sebagai bapa dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku membabitkan anak perempuannya iaitu Marissa Dania.
Memilih untuk berbincang secara tertutup bersama keluarga, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, turut menasihati bekas isterinya iaitu Abby Abadi supaya tidak terlalu berkongsi isu berkenaan di media sosial.
“Tak pernah sesaat saya lepas tangan. Sudah habis di sini… Iftar sama-sama nanti sambung sembang.
Norman mahu berbincang menyelesaikan kemelut bersama keluarga.
“Tak perlu semua benda kena kongsi seantero Malaya,” tulis Norman menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu dimuat naik oleh Abby di Instagram pada petang Ahad.
Dalam hantaran tersebut, Abby berkongsi luahan hatinya berhubung kemelut membabitkan anaknya itu.
Sementara itu, Norman berkata dia bimbang jika perkongsian Abby itu kelak hanya akan menimbulkan salah faham dan merumitkan keadaan.
“Istighfar bok (panggilan Abby), bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti,” ujarnya.
Sebelum ini, Abby dilihat lebih terbuka mengulas mengenai gosip anaknya Marissa yang berkahwin di Thailand pada hujung Disember tahun lalu.
Malah, Abby juga memenuhi undangan beberapa siri podcast dan berkongsi mengenai kontroversi membabitkan anaknya itu.
Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Ahmad Aslam.
Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.
Abby kesal apabila kenyataannya disalah anggap banyak pihak.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 21, Marissa Dania Hakim, 19, dan Danisha Hakim, 16 tahun.
Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.
Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply