Anak Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz – “Dengan Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dipercayai sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Singapura selepas isu tangkap khalwat bersama pelakon wanita, Ruhainies baru-baru ini.

Ibu doakan

Menerusi Instagram story, ibunya, Hafiza Basharahi telah berkongsi satu video pendek memaparkan Aliff Aziz sedang duduk dipercayai selepas selesai solat jemaah bersama keluarganya.

Ketika video tersebut dirakam, Aliff sedang mengetuai bacaan doa dan berserta dengan foto itu, Fiza menulis,

Dengan setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Terdahulu, beberapa perkongsian daripada Fiza selepas berlaku kes tangkap khalwat membabitkan anak lelakinya itu mencuri tumpuan ramai.

Salah satunya adalah pesanan atau luahan hati yang dimuat naik sebelum ini tentang mengingatkan seseorang untuk tidak berputus asa apabila diuji dengan masalah kerana Allah sentiasa ada.

VIDEO

@ohbulanofficial

Aliff Aziz dipercayai pulang dan berada di pangkuan keluarganya di Singapura selepas namanya terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies. #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #balik #singapura

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara, Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*