[VIDEO] Zizan Razak Hadiahkan Ibu Mercedes Keluaran Terbaru-“Tak Sangka Dia Beli Kereta, Dulu Dah Beli Rumah!”

Mohd Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali lagi sebagai Zizan Razak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Sebut saja nama Zizan Razak pasti ramai yang mengenali beliau, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Populariti Zizan Razak meningkat selepas beliau memasuki pertandingan Rajalawak dahulu. Kemudian beliau terlibat dengan pengacaraan dan seterusnya melebarkan sayapnya di dalam Filem tempatan. Zizan Razak kini bahagia meluangkan masa bersama keluarga tercinta terutamanya ibunya, bagi Zizan Razak membahagiakan orang tersayang adalah perkara yang tidak terhitung nilainya.

“Lama Dah Beli Dari Tahun Lepas, Cuma Kereta Tak Sampai”

@zizanrazakk7

Bidadari Zizan🤍 #zizanrazak #zizanrazak869 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #fypシ゚viral #zizanrazakfans #fypage #foryou #fypage

♬ Sholawat Badar – Muhajirlamkaruna

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @zizanrazakk7 yang meriah perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 325 ribu, tanda suka sebanyak 7,837 dan sebanyak 82 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Zizan Razak membuat kejutan kepada ibu tercintanya dengan menghadiahkan kereta jenis Mercedes keluaran terbaru sehingga ibunya menitiskan air mata tanda kegembiraan. Zizan Razak juga berjaya menyimpan rahsia bersama adik beradiknya yang lain untuk membeli kereta tersebut.

@zizanrazakk7

Alhamdulillah, ibu suka😍 #zizanrazak #zizanrazakfans #zizanrazak869 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #masukberandafyp #foryoupage #masukfyp

♬ original sound – zizanrazakk7 – zizanrazakk7

Rata-rata ramai yang teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Zizan Razak seorang anak yang baik dan tidak berkira dengan ibunya sendiri.

Apa-apa pun, semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Murai.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*