Abang-abang dan bini masing-masing ‘lagak VIP’ balik rumah ibu! Biar adik bongsu hidang sahur, berbuka, mengemas macam orang gaji

ANAK bongsu cukup sinonim dengan individu yang paling manja dalam keluarga.

Tetapi, ramai tak sedar wujud juga situasi di mana anak bongsu selalu menjadi ‘mangsa’ menguruskan kerja-kerja rumah ketika semua ahli keluarga berkumpul, teutamanya jika masih bujang.

Begitulah yang dirasai Alia Shamira yang membuat luahan di Facebook, apabila merasakan dirinya dan ibu dilayan seperti ‘orang gaji’ di rumah mereka sendiri.

Bercerita kisah dirinya di grup Masalah Rumah Tangga, katanya, abang-abang dan kakak iparnya langsung tidak mengambil bahagian dengan membantu menyediakan juadah untuk bersahur.

Menguruskan kerja rumah sendirian bukanlah satu tugasan mudah. -Gambar hiasan

“Saya anak bongsu yang masih belum berumah tangga lagi. Saya rasa penat sangat sekarang bila dekat rumah ni, abang-abang balik bersama isteri masing-masing yang langsung tak tolong apa-apa.

“Bayangkan ya… setiap kali sahur saya dan mak saja yang sediakan juadah. Masak itu ini, sediakan hidangan atas meja. Mereka hanya bangun untuk makan saja. Celik mata makanan sudah dihidang siap dengan air,” jelasnya.

Alia mengakui dia berasa cemburu apabila melihat adik-beradiknya yang lain boleh bersenang-lenang dan langsung tidak tergerak hati untuk membantunya di dapur.

Bukan sahaja terbeban emosi berdepan situasi ini, dari segi fizikal dia juga berasa amat letih menyediakan hidangan berbuka untuk ahli keluarga yang ramai.

“Sewaktu berbuka pula, masa petang masing-masing pergi ke bazar. Jadi saya dan mak saja yang duduk di dapur memasak.

“Mereka balik dari bazar, makanan sudah siap dihidang atas meja hanya tunggu untuk dijamah saja. Sekarang saya rasa penat. Emosi saya betul-betul tak okay.

“Saya cemburu melihat adik-beradik yang saling tolong menolong. Saya ni dekat rumah semua benda buat seorang,” ujarnya mengenai apa yang terjadi dalam keluarganya.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga tidak pernah merasai kemanisan suasana malam raya pada setiap tahun seperti insan lain.

Saya rasa penat sekarang ni. Mata saya dah bengkak sebab menangis.

ALIA SHAMIRA

Tambah Alia lagi, dia selalu mengalirkan air mata gara-gara terlalu penat menguruskan persiapan di malam raya sendirian tanpa bantuan adik beradik dan kakak iparnya.

“Malam raya lagi ‘pedih’, setiap tahun menangis hanya kerana saya saja yang kemas semua benda dalam rumah ni.

“Isteri abang sekarang di bilik main telefon. Kemas rumah bersama anak-anak dia yang sibuk bermain dan berlari-lari.

“Saya rasa penat sekarang ni. Mata saya dah bengkak sebab menangis,” jelasnya mengakhiri luahan tersebut.

Komen netizen pada hantaran tersebut.

Selepas membuat perkongsian tersebut, ramai netizen tampil memberikan pendapat mereka.

Tidak kurang juga kumpulan anak bongsu yang berkongsi pengalaman berdepan nasib sama dengannya.

“Betul, penat jadi anak bongsu belum kahwin ni. Belum lagi masa hari raya kena tidur luar walaupun kita ni perempuan. Bilik sendiri kena bagi adik beradik lain.

“Dulu saya dekat situasi awak. Perit kan… tapi saya hanya fikir mak. Mak sorang-sorang dekat dapur. lepas tu buat satu grup WhatsApp hanya adik beradik je, saya tegur dalam tu. Lepas tu mereka sedar. Awak bongsu, tapi kena tegas,” kata beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*