‘Walau Macam-Macam Orang Cakap, Kak KM Mulia Hatinya’

Usahawan sensasi, Kak KM meraih pujian warganet kerana berkongsi rezeki bersama pelajar-pelajar tahfiz.

Kak KM bersedekah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kak KM dan ahli keluarganya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar tahfiz di sebuah hotel semalam.

Seusai selesai berbuka puasa, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meminta para pelajar tahfiz tersebut untuk berbaris bagi sesi pemberian duit raya.

Kak KM yang memakai pakaian serba putih itu kemudian mengagihkan duit raya kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan anak kepada pelakon, Normah Damanhuri itu sebagai seorang yang pemurah kerana meraikan pelajar-pelajar tahfiz di dalam bulan Ramadan.

Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Kak KM dilimpahkan dengan rezeki yang lebih banyak.

Alhamdulillah, terima kasih Kak KM berkongsi rezeki dengan anak-anak tahfiz.

Itulah Kak KM, walau macam-macam orang cakap tapi dia ni mulia hatinya, mendahulukan ibunya sebab itu sentiasa murah rezekinya.

Cantik Kak KM pakai jubah, Alhamdulillah moga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

VIDEO

@lianaroslikakkm

♬ original sound – kakkm@sweetdara – kakkm@sweetdara

Sumber: TikTok Kak KM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*