[VIDEO] ‘Walaupun Rasa Down, Sunyi, S4kit H4ti, Kecew4 & H4ncur…Anak-Anak Sumber Kekuatan Bella’

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui bahawa ada kalanya dia berasa tidak kuat seperti apa yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Tengok muka anak rasa gembira

Menerusi video berdurasi 4:23 saat di TikTok Hijabista, Bella berkata dia sama seperti manusia yang lain kerana ada masa dia berasa down, sunyi, sakit hati, kecewa dan hancur.

Bella sebenarnya tak lah kuat, cuma kekuatan ini datang sebab anak-anak. Bella syukur ada Ayden dan Ara sebab mereka beri saya kehidupan.

Kalau Bella rasa down tak kisahlah sebab masalah mahupun kerja ke, kalau balik tengok muka mereka Bella akan gembira.

Ini anugerah yang Allah bagi sebab merekalah peneman hidup Bella.

Berbicara lebih lanjut, Bella memberitahu ibunya merupakan suri teladan buat dirinya sejak kecil.

Mak inspirasi Bella. Orangnya rajin sangat-sangat sejak Bella kecil. Mak jaga Bella dan ikut ke mana sahaja Bella pergi. Kawan-kawan sekolah pun tahu. Bella tak pernah nampak dia mengeluh sehingga ke hari ini. Cuma dalam hal rumah tangga itu takdir masing-masing.

Bella kalau boleh nak macam mama dan ayah. Mereka dah 32 tahun kahwin. Mungkin rezeki Bella bukan dekat situ. Bella percaya pada takdir hanya fokus untuk menjalani kehidupan selepas ini.

Di akhir temu bual, Bella menitip beberapa pesanan buat kaum wanita di luar sana. Ujar Bella, setiap wanita perlu ada keyakinan dan keberanian.

Keyakinan dan keberanian ini dua yang pentig buat wanita di luar sana. Sebenarnya Bella manusia yang tak smpurna ada juga buat kesilapan. Tapi kita sebagai manusia setiap hari cuba nak jadi yang terbaik sebab di masa silam kita mungkin ada yang kita buat tidak baik dan tak sedar.

Mungkin ada kecilkan hati orang, terlepas cakap mahupun dari segi perbuatan. Apapun hidup ini perlu diteruskan dan apa yang berlaku ia pasti akan berlalu.

Sentiasa berbuat kebaikan walaupun kita diperlakukan tidak baik. Kalau kita sentiasa mencuba buat yang terbaik kita tak akan ada penyesalan di hujung cerita.

Video

@hijabistahub.official

Present to you, Ambassador of HijabistaHub 2024 :

♬ original sound – HijabistaHub Official – HijabistaHub Official

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*