KEHILANGAN sahabat baik secara tiba-tiba selepas terbabit kemalangan jalan raya masih sukar untuk diterima oleh wanita ini.
Menurut Nur Izatul Husna, 25, khabar sedih itu diterima pada Selasa malam selepas pulang dari tempat kerjanya di pusat beli belah Aman Central, Alor Setar, Kedah.
Dia yang mesra disapa Cuna tidak menyangka malam ke-15 Ramadan itu menjadi iftar terakhirnya bersama kawan baik, Umi Nazirah Darsun yang meninggal dunia pada usia 24 tahun.
“Sebelum dia meninggal dunia malam tu, kami sempat berbuka puasa bersama-sama dekat tempat kerja. Siap bergurau senda lagi sebelum balik kerja, macam selalu.
Kemesraan dua sahabat ini sempat dirakam sebelum Umi (kiri) meninggal dunia.
“Tapi tak sangka Allah nak ‘ambil’ dia secepat ini. Memang pilu rasa hati ni sebab masa balik kerja malam tu, Umi sempat rakam saya masa berhenti dekat lampu isyarat.
“Dia sempat cakap dekat saya jaga baby (kandungan) elok-elok. Nanti aunty Umi datang melawat. Ayat terakhir Umi yang saya ingat adalah selamat tinggal Cuna. Jumpa esok,” ujarnya.
Bercerita lanjut, Cuna yang berasal dari Alor Setar berkata dia menerima berita kemalangan Umi menerusi mesej yang dihantar oleh penyelia di tempat kerjanya pada pukul 10.45 malam hari yang sama.
Jelasnya Umi meninggal dunia selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah Toyota Hilux di sebuah stesen minyak dekat Simpang Empat Kangkung, Alor Setar.
Tambahnya lagi, pemergian Umi cukup memberi kesan mendalam dalam dirinya yang sedang hamil anak sulung dengan usia kandungan lima bulan.
“Umi ni seorang yang peramah, baik hati dan suka menyakat kawan-kawan dekat tempat kerja. Tapi sebelum kemalangan, arwah banyak termenung. Dia tak banyak bercakap macam selalu.
“Kami semua tak sangka dan tak tahu yang kelakuan dia tu merupakan tanda-tanda terakhir Umi dengan kami.
Raya tahun ni saya rasa sunyi sebab Umi dah tak ada.
NUR IZATUL HUSNA
“Apa yang buat saya lebih ralat bila kenangkan yang sebelum ni arwah pernah ajak berbuka dekat dataran tapi tak kesampaian,” katanya lagi.
Dia yang bekerja sebagai promoter berkata, video momen berbuka puasa yang dikongsi dan tular di TikTok itu merupakan rakaman terakhir memaparkan kemesraan mereka berdua.
Perkongsian Cuna itu meraih simpati warga maya yang melihat mereka begitu mesra sewaktu berbuka puasa di atas lantai tempat kerja.
Dalam pada itu, Cuna turut meluahkan rasa sayu mengenangkan sahabat dan rakan sekerjanya itu tidak akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya lagi.
Umi (kanan) merupakan seorang yang disenangi di tempat kerja.
“Saya memang terkilan dengan apa yang berlaku tapi saya reda. Allah lebih sayangkan Umi.
“Saya rindu gelak tawa dia dan teringat sangat cara dia rajin kacau saya. Kalau datang kerja mesti saya pergi dekat tempat dia selalu duduk
“Raya tahun ni saya rasa sunyi sebab Umi dah tak ada. Kalau hari biasa, arwah akan menyakat kawan-kawan sekerja,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply