Bapa Haqiem Stopa Kembali ke Rahmatullah – Dia Adalah Stopa Sebenar

Bapa kepada pempengaruh, Haqiem Stopa iaitu Jaafar Yusof dilaporkan meninggal dunia pada lewat malam Ahad.

Al-Fatihah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sadzri Hakim (@haqiem_stopa)


Berita sedih tersebut dimaklumkan sendiri oleh Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Al-Fatihah buat abah tercinta, dia ialah ‘Stopa’ yang sebenar.

Dia adalah raja saya, rama yang tak tahu bahawa dia adalah ‘Stopa’. Saya hanya menumpang nama dalam mencari rezeki.

Semoga Allah tempatkan abah di tempat orang yang beriman. Adik (Haqiem) sayang abah dunia akhirat. Adik akan bawa nama ini sejauh yang mungkin seperti mana yang abah harapkan.

Walau bagaimanapun, Haqiem tidak mendedahkan punca kematian arwah bapanya itu.

Terdahulu, Haqiem berkongsi keadaan bapanya yang terbaring di atas katil sambil menggunakan alat bantuan pernafasan menerusi IG Story.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

VIDEO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram Haqiem Stopa

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*