[VIDEO] “Saya Saja S4kat, Untuk Korang Semua, April Fool” – Aliff Syukri

Usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini memaklumkan dia sebenarnya tidak mengeluarkan sebarang lagu raya pada Aidilfitri tahun ini.

Dia juga mengharapkan ibu dan isterinya tidak lagi marah di mana dia memaklumkan video promosi lagu raya baharu itu hanyalah sekara untuk menyakat netizen sempena hari ‘April Fool’.

Lagu raya saya tak ada pun, saya saja sakat korang semua. Pada mak dan isteri saya, jangan marah ya. Untuk korang semua, april fool. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang daripada saya.

Namun, perkongsian tersebut tetap menjadi bahan kecaman netizen kerana hari April Fool adalah haram disambut umat Islam selain mendakwa video yang dimuat naik sebelum ini telah mengundang fitnah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

April fool itu haram dalam Islam. Kau dah promo video yang mengundang fitnah dalam Islam dan bangsa. Kau macam tak bersalah langsung buat benda ni.

Terdahulu, usahawan itu ada berkongsi sedutan lagu raya yang dirakam dan telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ini berikutan rakaman itu dihasilkan di tab mandi dan usahawan itu juga tidak berpakaian diiringi penari-penari yang menjadi bualan warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*