Sampai men4ngis Aliff Aziz bimb4ng ditinggalkan kekasih gelap, Sarah Yasmine mahu s4man Ruhainies

KEKASIH gelap kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ruhainies atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan aktres itu mengenai dirinya.

Sarah berkata perbualan Ruhainies menerusi rakaman suara dihantar kepada pelakon Chacha Maembong merupakan satu tuduhan dan fitnah yang tidak benar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

“Dalam video yang Chacha kongsi ada rakaman suara yang Ruhainies cakap saya letak barang dalam air Aliff.

“Saya dapat tengok perbualan (mesej Whatsapp Aliff) sebab sayalah yang bersama dengan dia setiap hari. Jadi bila dia (Ruhainies) cakap macam tu, ia diibaratkan macam satu fitnah.

Ruhainies dakwa Sarah masukkan sesuatu dalam minuman Aliff.

“Sarah tak tahu lah kenapa dia nak fitnah macam tu, sedangkan dia tahu yang saya dengan Aliff,” katnya ketika ditemu bual sebuah portal hiburan.

Kata Sarah, dia juga mempunyai bukti dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah berkenaan.

“Ruhainies tahu semua itu fitnah. Boleh ke kalau saya pula saman fitnah dekat awak 5 juta dollar? Sebab ini dah terbukti fitnah,” luahnya.

Dalam pada itu, Sarah mengakui tidak gentar dengan sebarang tindakan selepas melakukan pendedahan perbualan Aliff bersama Ruhainies.

Jelasnya, Aliff sendiri secara sukarela menyerahkan telefon bimbit kepadanya.

Malah, dalam temu bual berkenaan juga Sarah turut berkongsi rakaman suara Aliff yang sedang menangis kerana bimbang ditinggalkan olehnya.

“Sarah tak takut sebenarnya, sebab pemilik telefon itu sendiri bagi saya telefon dia. Dia kata saya boleh pakai telefon dia.

“Saya ada rakaman suara, patutnya ini hanya untuk saya dan Aisyah Aziz tapi sebab dah jadi macam ni saya beri semua dengar. Saya bagi awak telefon saya,” kongsinya.

Sarah pertama kali muncul dalam sebuah temubual selepas lakukan pendedahan.

Sebelum ini, pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf terhadap Bella Astillah secara terbuka.

Dia juga berharap dapat bertemu empat mata dengan Bella dan Sarah bagi menjernihkan keadaan agar semua perkara berbangkit dapat diselesaikan.

Pada 24 April lalu, Sarah mendedahkan pelbagai mesej perbualan Aliff dan individu dinamakan sebagai NRF sehingga ia turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Pendedahan itu dibuat selepas Sarah mengaku dia ialah kekasih Aliff dan terpanggil untuk mendedahkan identitinya selepas tidak tahan melihat aktor itu dihentam teruk susulan kes khalwat.

Kemelut Bella, Ruhainies, Aliff Aziz dan Sarah Yasmine masih berpanjangan.

Pada 13 Mac lalu Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semasa sebutan pertama kes tersebut Aliff enggan melafazkan ceria atas alasan masih sayangkan isterinya itu.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*