SUSULAN kontroversi yang dicetuskan oleh Aliff Aziz, pelakon Datuk Adi Putra berpendapat adalah tidak wajar bagi masyarakat untuk melagakan antara Malaysia dan Singapura.
Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berkata perkara tersebut perlu dielakkan agar tidak timbul sentimen kasta dalam kalangan penggiat seni tanah air.
“Saya tidak mahu meletakkan satu sentimen kasta dalam industri. Sebagai pelakon saya juga enggan mencalarkan imej industri hiburan.
Adi tidak mahu wujud sentimen kasta dalam industri seni tempatan.
“Isu dua negara ini boleh mencetuskan kasta yang kita tidak ingin berlaku, jadi saya berharap semoga budaya kasta ini tidak akan wujud untuk imej negara Malaysia,” katanya.
Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Eksklusif Drama Sangat Close Up X Lelaki Itu yang diadakan di Hadramawt Kitchen, Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Dalam pada itu, Adi turut memberikan contoh teladan yang dibawa oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam menyatukan dua buah negara ini menerusi penglibatannya dalam dunia hiburan.
Kata pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini juga, anak seni perlu menerapkan prinsip untuk mewujudkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
“Bagi saya tidak sewajarnya menyentuh isu dua buah negara. Kalau kita imbas sejarah dan riwayat Tan Sri P. Ramlee, bermula dari Kota Singapura berbalik pada Studio Merdeka. Sama juga dua buah negara ini (Malaysia dan Singapura).
“Namun kalau kita berpijak di bumi yang nyata, kita hanya bekerja jadi untuk menepis kontroversi ini berbalik kepada prinsip rasa hormat-menghormati,” ujarnya.
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff hangat diperkatakan selepas dia dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan kejadian tersebut, isteri Aliff iaitu aktres Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan menceraikannya.
Nama Aliff kini menjadi perhatian ramai susulan kontroversi yang tercetus.
Aliff memberitahu mahkamah pada sebutan kedua kes itu pada 4 April lalu dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah Yasmine muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan wanita yang dinamakan sebagai NRF.
Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply