Faisal Halim ceder4 disimb4h as1d di litar go-kart dalam pusat beli-belah

PEMAIN bola Selangor, Faisal Halim dilaporkan cedera disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, Selangor pada Ahad.

Serangan itu menyebabkan Faisal mengalami kecederaan pada badan, tangan dan muka.

Susulan itu Faisal segera dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Foto Faisal yang kelihatan sugul sejurus insiden itu turut ditularkan di media sosial.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh pemain berkenaan.

Kejadian malang yang menimpa Faisal ternyata mengejutkan pengguna media sosial.

Lebih mengejutkan, kejadian ini berlaku beberapa hari sahaja selepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menjadi mangsa samun di Terengganu.

Sumber terdekat Faisal turut mengesahkan kejadian itu yang berlaku di sebuah litar go-kart di Lembah Klang.

“Dia berada di sebuah litar go-kart di Lembah Klang ketika insiden berlaku. Kami tak pasti di mana tempatnya tapi kami tahu dia diserang beberapa lelaki yang menyimbah asid ke atasnya.

“Kami sedang dalam perjalanan untuk melihatnya,” ujar sumber itu.

VIDEO

@getaranmy

Bintang Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan disimbah asid di Damansara sebentar tadi, namun dilaporkan stabil selepas dirawat. Berita lanjut akan menyusul. – 5 Mei 2024 #getaranmy #terkini

♬ Criminals – F.O.O.L

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*