Pemuda nak beli kereta ‘full loan’, berangan pakai Proton X70… Jurujual pening dapat tahu gaji bersih hanya RM1,100

GAJI kecil, selera besar!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah tular seorang remaja lelaki yang bercita-cita mahu membeli Proton X50 berbekalkan gaji bulanan sebanyak RM1,100 sahaja.

Kisah mengenai remaja berusia 19 tahun itu tular di TikTok selepas ia dikongsi seorang penasihat jualan syarikat kereta dikenali sebagai Kyraa.

Proton X70 merupakan salah satu model kereta yang cukup popular di Malaysia. -Gambar hiasan

Menerusi mesej yang dikirim kepada Kyraa, remaja itu menyatakan dia bekerja dalam bidang swasta dan mahu mendapatkan pinjaman penuh untuk membeli kereta.

Dia pada awalnya menyatakan hasrat membeli Proton X50, namun turut bertanya kepada Kyraa sekiranya dia layak untuk mendapatkan model Proton X70.

“X70 tak lepas kan? Kalau boleh nak X70. Berapa bulanan X70?” soal remaja itu dalam mesejnya kepada Kyraa.

Minta beli Axia, Saga tak minat katanya… cabaran betul generasi sekarang.

KYRAA

PENASIHAT JUALAN KERETA

“X70 (bayaran) bulanan dah RM1,200 lebih dik. Tak nak cuba kereta lain ke?” jawab wanita itu pula.

Dalam mesej sama, remaja itu juga menyatakan dia belum memiliki lesen memandu.

Berkongsi tangkap layar perbualan itu di TikTok, Kyraa beranggapan pelanggan sedemikian merupakan cabaran terbesar yang perlu dihadapinya.

“Cabaran yang paling besar. Ramainya budak-budak nak kereta have-have. Mostly yang umur 17 hingga 21 nak kereta X50, Civic, Vios, City.

“Minta beli Axia, Saga tak minat katanya. Cabaran betul generasi sekarang,” ujar Kyraa lagi.

Perkongsian wanita itu menerima lebih 120,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Perbualan antara Kyraa dengan pelanggannya yang tular di TikTok.

“Dia ingat ambil kereta bayar loan bulanan je kot, maintenance nak bayar pakai apa?

“Yakinnya nak X70 lepas tu full loan lagi dengan gaji bersih macam tu.

“Gaji RM9,500, tapi aku masih setia dengan Viva,” ujar beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*