[VIDEO] Tular Video Jemaah OKU Penglihatan Menangis Depan Kaabah – ‘Itulah Impian Saya, Memang Allah Permudahkan’

Kekurangan dari segi penglihatan tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan jemaah Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mengerjakan ibadah umrah.

Kesungguhan jemaah tersebut dalam menunaikan perintah Allah SWT telah membuka mata ramai pihak apabila video mereka tular dan mendapat perhatian di media sosial.

 Perkongsian jemaah umrah OKU

@kool101my

“Orang ada yang cakap orang tak nampak ni orang blind ni takde dosa. Siapa cakap takde dosa kita semua manusia biasa same je banyak dosa.” – Kak Ros, salah satu jemaah OKU penglihatan dalam video depan Kaabah itu. Sedangkan Kak Ros yang OKU penglihatan ni mengaku dia pun manusia biasa yang banyak dosa apatah lagi kita yang sempurna penglihatan ini. 🥺 Setiap manusia ada kekurangannya yang tersendiri. Di dunia ini sebenarnya tiada apa yg sempurna. Kesempurnaan itu milik Allah. ❤️ Catch up PM Kool 101 di aplikasi AUDIO+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #PMKool101 #SemasaDanSosial #umrah #mekah #kaabah #andalusia #oku

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Menerusi temu bual, salah seorang jemaah umrah OKU penglihatan yang dikenali sebagai Kak Ros berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Tanah Suci.

Antara yang saya minta adalah saya mohon Allah ampun dosa sebab saya ni banyak dosa. Orang kata orang buta ini tak ada dosa. Siapa cakap tak ada dosa, kita semua manusia biasa sama sahaja.

Kami dapat masuk ke tepi tiang betul-betul dekat tepi tiang Aisyah..dekat depan makam. Apa yang saya rasa adalah, ‘Ya Allah, engkau betul-betul permudahkan urusan kami.’

Dalam pada itu, Kak Ros juga mengucapkan rasa syukur kerana setiap doanya telah dimakbulkan oleh Allah SWT sebelum berangkat ke Makkah lagi.

Saya ketika itu sudah berdoa sebelum saya pergi. Memang Allah mudahkan, Alhamdulillah.

Memang saya dekat sana saya asyik menangis je, sebab itulah impian. Niat saya, sebelum saya melancong ke tempat lain…yang paling saya nak pergi adalah Makkah dan Madinah. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa saya.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan jemaah OKU penglihatan berada di hadapan Kaabah semasa mengerjakan umrah bersama seorang mutawif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok Kool 101

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*