Dah Masuk Hari Ke-8 , Fatimah “The Family UK” Alami Pend4rahan Tanpa Henti

Ibu kepada personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail memberitahu keadaan kesihatan anaknya semakin lemah sejak kebelakangan ini.

Mengalami pendarahan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk)

Menurut Ashila, Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.

Hari ini sudah masuk hari kelapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas.

Tambah Ashila, anaknya itu ditempatkan di hospital di Birmingham sejak Mac lalu. Sebagai ibu, Ashila berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Fatimah.

Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami yang kini masih lagi berada di hospital.

Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.

Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata2 semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

Ashila berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram The Family UK, pagi tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : The Family UK

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*