Pasangan Bawa B4yi 11 Bulan Naik Motor Mengaku Belum Bernikah, Imam Masjid Tampil Perjelas Cerita Sebenar

Sejak beberapa hari lalu, kisah seorang bayi berusia 11 bulan yang dikendong ibunya menaiki motor untuk dibawa ke hospital telah mendapat perhatian ramai pihak. Pun begitu, ada pula cerita kurang manis yang timbul.

Belum bernikah

Terbaharu, seorang lelaki yang mengaku imam Masjid Al-Makrufi, Alor Setar mendakwa status ibu bapa bayi berkenaan adalah bukan suami isteri dan mendakwa mereka belum bernikah.

Malah, imam itu meragui status bayi yang menghidap masalah paru-paru kronik itu sama ada dia anak tidak sah taraf atau sebaliknya.

Saya mahu menerangkan situasi sebenar yang status pasangan itu bukan suami isteri. Mereka belum berkahwin dan masih dalam proses untuk berkahwin.

Bagaimanapun penjelasan saya ini tidak mahu melibatkan anaknya yang sedang sakit kronik itu.

Video saya ini hanya mahu menerangkan status pasangan itu dan status bayi itu yang masih tidak diketahui sama ada sah taraf atau tidak.

Pihak kami telah memberi arahan kepada pasangan itu agar tidak duduk sekali di rumah. Kami juga berharap orang ramai menyelidik terlebih dahulu.

Sementara itu, memetik laporan tempatan, bapa bayi tersebut yang dikenali sebagai Mohd Azlan Ishak, 36, mengaku belum bernikah dengan pasangannya, Norhidayu Halim, 35.

Bagaimanapun kata Azlan, mereka dalam proses untuk menghalalkan hubungan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Azlan turut menafikan Norhidayu berstatus isteri orang seperti mana didakwa segelintir pihak.

Terdahulu, tular sepotong video memperlihatkan seorang bayi yang sedang menggunakan alat bantuan pernafasan dikendong seorang wanita menaiki motor menuju ke hospital.

Mereka dikatakan mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menaiki teksi.

Malah, kisah tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video

@aduanrakyatkualakedah

Kali ketiga kami post video ini, ada pihak dari belah “sana” yang report video kami post untuk memberitahu kebenaran sebenar mengenai keluarga ini. Jangan anggap kami mengalah, sudah-sudahlah nak tpu rakyat Malaysia. Tidak lama pun nak tpu,akhirnya terkantoi juga..#fypシ゚viral #kualakedah #isurakyat #prihatin #beranda #fyp #alorsetar #masjidalmaarufi #teammasjid #zyxcba #kedahdarulaman #isusemasa #lawantetaplawan

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*