Lelaki kekal tenang dapat tahu nikah wanita tak pandai masak! Berkat tak cepat melat4h, kini isteri jadi tauke katering

SEORANG menantu pasti seboleh-bolehnya ingin menambat hati suami dan mentua dengan pelbagai cara apatah lagi dari segi kehandalan memasak.

Bagaimanapun, perkongsian seorang lelaki mengenai isterinya di Facebook ternyata membuka mata dan mampu mengubah persepsi masyarakat mengenai kemahiran yang sinonim dengan kaum wanita ini.

Dalam hantaran dibuat Coach Bahar yang tular itu, dia menitipkan pesanan kepada golongan ibu mentua supaya tidak hampa jika mengetahui menantu perempuan tidak pandai memasak pada awal perkahwinannya.

“Saya ada satu cerita. Masa saya jadi pensyarah dulu, ada pelajar perempuan yang datang mengeluh dekat saya. Dia risau yang dia nak kahwin tapi tak tahu masak. Saya ketawakan.

Ahli keluarga Coach Bahar.

“Ni saya nak beritahu pada bakal mak mentua semua. Apalah nak risaukan sangat kalau menantu anda tak pandai memasak. Jangan dipeningkan sangat.

“Periuk dekat platform beli belah televisyen kan ada. Ajarkanlah saja sebab mereka masih muda,” ujarnya memberi pendapat dan cadangan.

Mengimbas kembali kenangan ketika baru mendirikan rumah tangga, Coach Bahar berkata isterinya juga tidak begitu mahir memasak.

Di awal perkahwinan, dia menyangkakan isterinya hanya bergurau tentang perkara ini.

“Isteri saya baru berumur 22 tahun masa kami bernikah. Dia kata dengan saya yang dia tak pandai masak.

“Saya tak kisah pun, boleh beli lauk dekat kedai setiap hari. Kata saya padanya. Saya ingat dia bergurau.

Saya tak kisah pun, boleh beli lauk dekat kedai setiap hari.

BAHAR

“Rupanya betul-betul… bila kahwin dia tak pandai masak. Dia masak je apa yang dia tahu,” kata Coach Bahar lagi.

Bagaimanapun, Coach Bahar tidak melatah atau kecewa dengan isterinya selepas sedar wanita itu tidak bergurau apabila menyatakan dia tidak tahu memasak.

Bercerita lanjut, katanya, dia lama kelamaan kagum dengan perkembangan isterinya yang kini sudah menjadi tukang masak dan mengusahakan bisnes katering.

Malah, wanita tersebut sudah mampu menyediakan hidangan untuk lebih 1,000 orang sekiranya ada tempahan majlis atau kenduri.

Isterinya juga setiap hari memasak untuk sembilan anaknya.

Coach Bahar berkongsi pengalaman mendapat isteri tidak pandai masak.

Justeru, dia menasihati ibu bapa yang bakal menerima menantu supaya tidak bimbang apabila mengetahui mereka tidak pandai memasak.

“Semuanya boleh berubah mak cik, jangan dirisau sangat bila menantu tak pandai masak. Jangan dirisau sangat bila menantu tak ada ijazah.

“Walaupun ijazah pun penting, lebih penting adalah akhlak dan budi pekertinya. Lebih penting boleh guna otak,” ujarnya menitipkan pesanan.

Hantaran dikongsikan ini meraih perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

“Setuju dengan tuan. Semua perkara perlukan proses, kita keluar dari perut mak tak ada satu kemahiran pun yang kita tahu melainkan menangis minta susu.

“Zaman sekarang lagi senang. Terlalu banyak kandungan memasak yang mudah untuk kita ikut. Tak ada masalah pun tak pandai memasak,” komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*