HAJAT seorang wanita untuk makan di sebuah restoran nasi ayam terkenal bersama keluarga tidak kesampaian gara-gara dua meja makan di premis itu didakwa tidak boleh dialihkan.
‘Insiden’ itu diceritakan kembali oleh pelanggan wanita berkenaan yang masuk ke restoran yang terletak dalam pusat beli belah itu bersama lima ahli keluarganya pada Rabu.
Menurut wanita itu, ketika hendak memasuki restoran berkenaan, seorang pekerja bertanyakan tentang bilangan pelanggan yang mahu menikmati hidangan di premis.
“Aku cakaplah enam orang, sekali dengan anak-anak. Selepas dia tengok-tengok, dia kata ‘maaf tak ada meja’.
“Ada je meja, kosong. Banyak, meja untuk empat orang ada enam yang kosong. Kemudian, dia cakap dengan aku yang dia tak ada meja untuk enam orang,” katanya menerusi video di TikTok.
Wanita itu enggan membiarkan anak-anaknya duduk di meja berasingan. -Gambar hiasan
Wanita itu berkata, pekerja tersebut memaklumkan bahawa meja tidak boleh dialihkan atau disambung dan dalam situasi dirinya, dia perlu duduk terpisah dengan anak-anak.
Bukan sekadar itu, katanya, pekerja berkenaan turut memberitahu pesanan juga perlu dibuat secara berasingan.
“Order pun kena asing. Aku cakap macam mana pula nak order asing sebab kami nak order set. Dan anak-anak pula kecil-kecil, takkan nak asingkan anak-anak aku.
“Sejak bila macam ni?” katanya sambil menambah dia sering berkunjung ke rangkaian restoran itu di cawangan-cawangan lain.
Jawapan balas pekerja restoran itu ternyata mengejutkan wanita itu.
“Dia kata memang macam ni, sejak azali lagi. Aku tak pernah pun jumpa perkara macam ni. Dia kata memang tak boleh.
“Dan aku terfikir kalaulah famili datang memang enam orang nak makan (set) dewasa enam orang, banding cuma kau nak empat pelanggan, enam orang kan lebih banyak. Untung untuk bisnes kau.
“Tapi dia tolak pelanggan yang enam orang nak makan hanya kerana tak ada meja untuk enam orang. Pelik tak boleh tarik meja untuk rapatkan jadikan enam,” ujarnya.
Buat asing-asing, resit asing-asing tu sebab mereka nak dapat duit servis lah tu.
NETIZEN
Situasi itu membuatkan dia sebagai pelanggan mendakwa ‘peraturan’ yang dikenakan pihak restoran mengelirukan.
“Aku tak faham, aku tak tahu ‘peraturan’ selama ini. Memang macam itu atau aku yang salah? Apa ertinya makan di luar tapi tak bersama, tiada keharmonian. Lebih baik makan di rumah je kan,” soalnya.
Antara komen netizen.
Menerusi ruangan komen, seorang individu mendakwa dia merupakan pekerja di restoran itu dan mengakui terdapat sesetengah meja tidak boleh dialihkan untuk menampung bilangan pelanggan lebih ramai.
Namun apa yang menjadi persoalan wanita itu mengapa pesanan juga perlu dilakukan secara berasingan, dan beberapa netizen turut meluahkan pengalaman hampir sama di restoran berkenaan dengan alasan yang dianggap tak masuk akal.
“Kami famili ada 10 orang boleh je sambung meja kat restoran tu. Sejak bila tak boleh sambung?
“Saya pun pernah kena bulan lepas, geram sangat. Saya lima orang je. Lepas tu staf dia cakap tak ada meja. Eh kenapa pula, banyak je saya tengok. Jawapan yang sama.
“Staf tu malas nak rapatkan meja, nak kena kemas balik.
“Buat asing-asing, resit asing-asing tu sebab mereka nak dapat duit servislah tu,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply