Mak ayah suruh buat loan, idam majlis gah diurus wedding planner! Belum nikah bakal pengantin dah stres fikir hut4ng

KITA pasti biasa mendengar ungkapan ‘ukur baju di badan sendiri’ yang bermaksud kemampuan diri masing-masing dalam apa jua perkara, salah satunya melibatkan status kewangan.

Dalam satu luahan yang dikongsikan di laman X, seorang wanita berkongsi masalah yang dihadapinya apabila dia tersepit di antara kemahuan diri dengan tekanan keluarga dalam soal merancang majlis perkahwinan.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini, dia dan bakal suami mempunyai bajet yang terhad untuk mengadakan majlis hari bahagia mereka memandangkan masing-masing baru melangkah ke alam pekerjaan.

“Saya dengan tunang kumpul duit dari last year sama-sama. Jumlah sekarang sekitar RM12,000. Cadangnya duit tu untuk hantaran saya dan buat (kenduri) sebelah saya. Sebelah tunang tak buat pun.

Pasangan yang mahu berkahwin dinasihatkan tidak membuat pinjaman untuk mengelakkan mereka dibebani hutang. -Gambar hiasan

“Kami ‘ikat’ lagi setahun macam tu, boleh lagi untuk kumpul RM5,000 hingga RM7,000. Gaji pun biasa je, dikira freshie lagi. Purata RM3,000 hingga RM4,000.

“Saya teringin nak buat intimate wedding. Saya tak ramai kawan, saya rasa buat kecil je dah memadai daripada saya habiskan berbelas ribu untuk kenduri,” luahnya.

Bagaimanapun menurut wanita berusia 26 tahun itu, hasratnya mendapat tentangan daripada keluarganya yang mahu mengadakan majlis secara besar-besaran.

“Suruh ajak 1,000 pax, sedangkan kalau boleh saya nak kurang daripada 100 pax. Suruh ambil wedding planner sampai RM20,000 katanya senang tak perlu fikir dah,” luahnya.

Katanya, jika kemahuan keluarga dituruti, dia dan pasangan sudah nampak kehidupan mereka selepas berkahwin yang terpaksa menanggung bebanan hutang.

Better gaduh atau bermasam muka dengan family sekarang daripada literally suffer ditimpa hutang lepas kahwin nanti.

NETIZEN

“Kalau saya ambil macam tu bayar one shot, sumpah saya cakap lepas kahwin kami dah kehabisan duit terus.

“Kalau boleh saya nak buat kecil-kecilan, nak hidup sederhana lepas kahwin. Duit lebih boleh buat deposit rumah, beli perabot atau standby bayar rumah bulan-bulan atau honeymoon,” kongsinya.

Tambah wanita berkenaan lagi, keluarganya dilihat tidak berusaha meringankan beban dengan menghulurkan bantuan sebaliknya mencadangkan solusi yang bakal menambahkan masalah.

Sebahagian pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

“Keluarga cadangkan ambil loan, berbaloi ke? Berhutang semata nak nampak gah dekat mata orang? Suruh cari RM15,000 hingga RM20,000 macam duit tu boleh petik dari langit.

“Ada ketikanya saya rasa nak nikah lari je. Serabut betul dengan semua orang. Kalau bagi idea tapi bagi duit sekali, saya on je, tapi ni sekadar bagi ‘air liur’.

“Saya ni sudahlah ada mental health problem, rasa nak mati juga kekadang,” luahnya.

Hantaran wanita tersebut mengundang simpati warga maya, dengan ramai yang menasihatinya tidak mengikut saranan keluarga untuk membuat pinjaman demi menganjurkan majlis perkahwinan yang gah.

“Perkahwinan dan hidup adalah keputusan awak. Better gaduh atau bermasam muka dengan family sekarang daripada literally suffer ditimpa hutang lepas kahwin nanti.

“Dalam dunia ini ada beberapa benda yang boleh ambil loan, loan belajar, loan rumah dan loan kereta. Yang lain tu kalau tak ada duit jangan ambil.

“Nak invite 1000 pax suruh diorang sponsor. No money no talk. Kata awak hanya mampu buat majlis kecil. Bertegas dengan diaorang,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*