M4yat jurutera mer3put dalam Proton Saga FLX merah… Ditemukan selepas 18 hari hil4ng

MISTERI kehilangan seorang lelaki sejak 18 Mei lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan dalam sebuah kereta pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kereta itu diparkir di hadapan sebuah premis perniagaan di Taman Sentosa, Johor Bahru.

Mangsa, Muhammad Hamizan, 33, yang juga seorang jurutera dipercayai meninggal sejak beberapa hari lalu dan ditemukan dalam keadaan sudah mereput di tempat duduk pemandu.

“Mangsa dianggarkan meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dan mayat ditemukan sudah mula membusuk. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Punca kematian masih belum dikenal pasti.

 

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

Untuk rekod, abang mangsa iaitu Muhammad Haziq Ramli, 34, memohon orang ramai menyalurkan maklumat pada 29 Mei lalu selepas mangsa hilang selama 10 hari.

Mangsa yang hilang bersama kereta Proton Saga FLX warna merah merupakan jurutera tapak di Projek Perumahan Transit Penjawat Awam Pengerang.

Dia kali terakhir dilihat oleh rakan sekerjanya pada 18 Mei.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*