BERITA penahanan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang maut dibunuh pada Disember tahun lalu menggemparkan rakyat Malaysia.
Pasangan suami isteri berkenaan ditahan pada 31 Mei lalu dan reman selama tujuh hari sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan ke atas dua individu berkenaan dibuat hasil risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian.
Ujarnya lagi, siasatan ke atas pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Perkembangan terbaharu tersebut sekali gus membuatkan rata-rata rakyat negara ini mula mencipta spekulasi, mengeluarkan teori dan pelbagai lagi andaian lain mengenai kes pembunuhan Zayn.
Malah, video lama yang memaparkan tingkah laku ibu kanak-kanak malang berkenaan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, turut ditularkan kembali oleh warga maya bertujuan ‘menggali’ sesuatu yang boleh dijadikan petunjuk.
Gerak anggota badan yang tidak selari dengan percakapan juga merupakan salah satu ciri untuk mengesan seseorang sedang menipu. -Gambar hiasan
Video tersebut turut menarik perhatian sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan analisa karakter, Hans Group Consultant, yang tampil melakukan analisa terhadap bahasa tubuh wanita berkenaan.
“Memang betul, terdapat kepelikan pada body language ibunya. Tapi pasti ada sebabnya. Sama ada benar-benar takut atau cemas, atau memang ada sesuatu yang disembunyikan,” tulisnya dalam satu perkongsian video di TikTok.
Organisasi tersebut bagaimanapun menambah, orang ramai tidak sewajarnya menjatuhkan ‘hukuman’ walau apa jua keputusan pihak berkuasa terhadap ibu bapa kanak-kanak malang itu kelak.
Dalam perkongsian video berkenaan, organisasi tersebut turut menyenaraikan lima ciri-ciri secara umum yang mungkin menunjukkan seseorang sedang menipu ketika bercakap, menurut ilmu psikologi:
1) Perubahan nada suara
– Terlalu tinggi ketika semangat dan berubah menjadi rendah apabila sedang berfikir
2) Gerak badan tidak selari dengan kata-kata
– Contohnya, menggelengkan kepala ketika mulut sedang mengatakan ‘iya’ atau sebaliknya. Ia boleh menunjukkan percanggahan antara apa yang dikatakan dan apa yang sebenarnya dirasai.
Seseorang yang sedang menipu dikatakan akan mengelak melakukan kontak mata. -Gambar hiasan
3) Menutup atau menyentuh muka
– Seseorang yang menipu kerap menyentuh hidung, menutup mulut atau menggaru muka.
4) Kekurangan kontak mata
– Mengelakkan kontak mata sepenuhnya kerana rasa bersalah atau takut tertangkap (kantoi).
5) Perubahan tingkah laku
– Perubahan mendadak tingkah laku biasa seseorang ketika bercakap boleh menjadi petunjuk bahawa mereka sedang tidak jujur.
Menurutnya lagi, ciri-ciri yang disenaraikan adalah kemungkinan dan perlu dilihat sama ada konsisten atau tidak untuk mengelakkan kesilapan dalam menilai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply