[VIDEO] Mawi Kenang Momen Bertemu Dengan Shah Rukh Khan – ‘Dia Tak Salam Terus Pel0k Saya’

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi mengimbas kembali momen ketika disatukan dalam sebuah majlis bersama selebriti antarabangsa Shah Rukh Khan.

Shah Rukh Khan jadi guru

@sinar_my

Replying to @hasifpadzil Wah! Mawi dapat jumpa Shah Rukh Khan ? 😱 #SINARKongsi #BorakSelebriti #mawi #mawiworld #fyp #fypシ #fypシ゚viral #shahrukhkhan

♬ original sound – SINAR – SINAR

Menerusi temu bual bersama Sinar FM, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, dia pernah berkongsi pentas bersama pelakon berasal dari India tersebut ketika zaman kegemilangannya.

Saya ditemukan dengan Shah Rukh Khan dalam satu majlis. Saya dan dia dijemput untuk menghiburkan orang.

Majlis itu dua jam, saya bernyanyi. Dia pula pasang lagu dan menari.

Bercerita lanjut, penyampai radio berusia 42 tahun tersebut berkata, dia sangat kagum dan terkesima dengan aura pelakon filem Khabi Khushi Kabhie Gham itu.

Dia sampai dan buka pintu kereta..dia punya lemparan senyuman tu kita rasa macam ‘terpukul’. Dia ni pakai ilmu apa?

Dia keluar dengan senyuman dan karisma dari gaya berjalan dan dia sambut orang yang nak bergambar. Kemudian saya berkata kepada diri sendiri, ‘ini yang aku kena belajar daripada superstar.’

Paling mengejutkan Mawi adalah apabila aktor popular itu bertanya tentangnya dan bertindak memeluk dirinya ketika mereka bersua muka.

Bila dia turun, dia terus tanya ‘where’s Mawi?’. Dia tak salam, dia terus peluk saya.

Saya belajar dengan dia macam mana dia berhadapan dengan orang ramai.

Saya rasa Allah hantar dia untuk jadi guru saya. Cikgu secara tak rasmi.

Sekadar info, Mawi pernah menggemparkan industri hiburan dengan fenomena ‘Mawi World’ selepas bergelar juara program realiti Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005.

Mawi kemudian meneruskan lagi kegemilangannya apabila merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok Sinar FM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*