‘Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah’ – Ebit Lew Beritahu S4man Kepada Mereka Yang Terlibat akan diteruskan

Semalam, pihak pendakwaan tidak berhasrat meneruskan kes rogol wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo terhadap pendakwah kontroversi, Ebit Lew.

Berikutan daripada itu, Ebit Lew menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana kes tersebut tidak diteruskan.

Saman diteruskan

Namun begitu, Ebit memberitahu tindakan saman terhadap mereka yang terlibat sedang berjalan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Jabatan Peguam Negara telah memutuskan kes tidak diteruskan (NFA) berkenaan tuduhan Mondy tatoo pada saya. InsyaAllah saman kepada mereka yang terlibat sedang berjalan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan ucapan Alhamdulillah sebaik sahaja mendapat tahu keputusan pihak pendakwaan.

Tambah netizen, mereka berharap Ebit tidak menyelesaikan isu saman terhadap mereka yang terlibat di luar mahkamah.

Terdahulu, peguam bela Ebit Lew iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata, pihak polis selesai menyiasat kes itu dan keputusan pendakwaan supaya tidak meneruskan kes.

Laporan polis berkaitan kes rogol dibuat Mondy pada 14 September 2023 dan polis selesai menyiasatnya baru-baru ini.

Ebit Lew tidak akan dituduh sebab tiada kes. Saya dimaklumkan oleh polis, barang kes seperti telefon bimbit dan kad sim pendakwah itu dipulangkan semalam.

Dakwaan (merogol) amat serius tetapi tiada kes. Kes (saman) fitnah terhadap Mondy ditetapkan untuk penilaian ganti rugi pada 1 Julai ini dan Mahkamah Sesyen Shah Alam akan memutuskan kuantumnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Ebit Lew

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*