Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah & Saliran Sungai, Dipercayai Untuk Lakonan Semula..P0lis Siap Bawa Patung Kanak-Kanak

Ibu kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak yang yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, telah dibawa oleh pihak berkuasa ke lokasi kediaman mereka.

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah

Memetik laporan Harian Metro, tindakan pihak polis membawanya ke lokasi tersebut dipercayai bertujuan untuk melakonkan semula kejadian yang menimpa Zayn Rayyan.

Menurut wartawan yang berada di lokasi mendapati suspek tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di Apartmen Damansara Damai dan saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman (lokasi mayat Zayn ditemukan)

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Sebelum ini, ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf berkongsi di Facebook mengenai kehilangan anaknya ketika menaiki tangga ke rumah mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai selepas bermain di taman permainan kawasan tersebut, 5 Disember lalu.

Pada 7 Disember, mayat Zayn Rayyan yang merupakan anak istimewa itu ditemui di aliran sungai berdekatan blok rumahnya. Mangsa disyaki dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di lokasi kejadian. Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa.

Sebelum ini, tempoh penahanan reman ibu bapa Zayn Rayyan telah disambung selama enam hari sehingga 13 Jun ini. Pasangan suami isteri itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*