[VIDEO] Shaniena Natasya Seb4k Bakal Jadi Tetamu Allah – ‘Ini Adalah Umrah Pertama Saya Sebagai Mualaf’

Personaliti media sosial dan ushawan, Shaniena Natasya memaklumkan dia bakal mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi. 

Sebak bakal ke Tanah Suci

@shanienanatasyaaaa

Moga kita semua dijemput kesana, ramai ramai komen Aamiin

♬ original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shaniena dilihat tidak mampu menahan air mata ketika berkongsi tentang berita tersebut.

Walaupun hanya tempah tiket penerbangan tapi saya sebak.

Semalam selepas subuh, saya tempah tiket penerbangan terus ke Jeddah.

Walaupun mengakui tersalah ketika membeli tiket penerbangan, namun Shaniena tetap meluahkan rasa teruja untuk ke Makkah.

Saya tempah untuk Jun rupanya salah tarikh, saya nak pergi November. Kena tambah lagi RM8000 tapi tak apa pasal duit tak kisah.

Tapi yang sebak sangat sebab saya tempah masa tengah azan subuh. Inilah trip yang paling saya teruja.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 21 tahun tersebut juga memohon agar para pengikutnya mendoakan agar ibadahnya berjalan dengan lancar.

Saya harap saya buat baik dekat sana, awak semua doakan lah yang baik-baik. Terima kasih kerana doakan saya.

Semoga jadilah umrah saya nanti bulan 11. 

Ini adalah umrah pertama saya sebagai seorang mualaf. Insya-Allah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa terharu melihat reaksi Shaniena dan mendoakan agar segala urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

Tahniah! Allah dengar semua doa-doa awak Alhamdulillah. Jaga diri tau pergi sana nanti.

Masya-Allah, sebak rasanya. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Saya yang tengok video awak pun saya tumpang excited tau walaupun saya sendiri tak mampu lagi nak pergi umrah. Bangga dengan awak, semoga yang baik-baik sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok Shaniena Natasya

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*