PENAMPILAN baharu isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya tampil mengenakan niqab meraih perhatian pengikut di Instagram.
Menjawab mengenai imej terbaharu isterinya itu, Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata Tya sudah lama mengenakan penampilan sejak pulang menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.
“Sava rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” katanya pada Selasa.
Antara sedutan video yang dikongsikan Tya di media sosialnya.
Berkongsi lebih lanjut, Shukri berkata isterinya pertama kali tampil mengenakan niqab secara terbuka semasa mereka menghadiri sebuah acara bersama.
Pada awalnya, dia merasai perubahan isterinya itu disebabkan baharu pulang dari umrah dan tidak menjangkakan ia kekal sehingga kini.
“Awalnya kami sama-sama hadir sebuah acara bersama ketika itu dia memilih untuk berniqab.
“Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.
“Tapi rupanya tidak… dia memang terus berniqab sejak itu,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon terkenal dengan drama 7 Hari Mencintaiku itu mengakui tumpang gembira dan menyokong perubahan isterinya itu.
“Sebagai suami, saya terima perubahan yang baik dari isteri saya. Saya juga bersyukur mendapat isteri yang menjaga auratnya,” kongsinya.
Shukri sentiasa sokong perubahan isteri.
Sebelum ini, perkongsian Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 32, berkongsi membeli kelengkapan jenazah meraih perhatian ramai.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok itu, Tya dilihat mengenakan pakaian serba hitam selain wajahnya disunting menjadi kabur.
Rata-rata netizen kagum dan terkejut melihat perubahan Tya sekali gus mendoakan agar dirinya terus istiqamah.
VIDEO
@tyaadnan kita sering membeli baju di dunia, seakan kita hidup di dunia selamanya. tapi kita lupa akan “baju terakhir” kita.. @bajuterakhirofficial tarikh kematian yang dirahsiakan. yang tak siapapun tahu. bila dan dimana kejadiannya. boleh jadi harini adalah hari terakhir kita .. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ @bajuterakhirofficial
sumber:mstar
Leave a Reply