
SEORANG juruterbang syarikat penerbangan Turkish Airlines meninggal dunia ketika sedang mengendalikan sebuah pesawat.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, juruterbang yang dikenali sebagai Ilcehin Pehlivan, 59, rebah semasa sedang bertugas.
“Pesawat Airbus 350 itu berlepas dari bandar Seattle di pantai barat Amerika Syarikat (AS) menuju ke Istanbul pada Selasa malam.
“Selepas percubaan memberikan pertolongan cemas gagal, kru penerbangan yang terdiri daripada seorang lagi juruterbang dan pembantu juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas, namun dia meninggal dunia sebelum mendarat, kata jurucakap syarikat itu.
Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, kira-kira 6 pagi, Rabu.
Turkish Airlines mengesahkan semua kru dan penumpang berada dalam keadaan selamat.
Untuk rekod, juruterbang itu mula berkhidmat dengan dengan Turkish Airlines pada tahun 2007.
Malah, dia juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda masalah kesihatan ketika menjalani saringan pada 8 Mac lalu. – Agensi.
Leave a Reply