“Selamat Beristirehat Di Penj4ra..” – Bekas Abang Ipar Dikenakan Hukvman Penjara 10 Tahun, Adik Jahidah Luah Rasa Lega

Melalui laman Facebook adik kepada Jahidah (wanita yang dipukul suami hingga koma) meluahkan rasa lega selepas bekas abang iparnya dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Adik Jahidah bernama Fazariah Nordin menyatakan perasaannya kini sama seperti sewaktu bekas abang iparnya itu diberkas selepas melarikan diri selama 38 hari kerana memukul kakaknya hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Senang lenang kau selama ini dekat luar. Boleh makan sedap-sedap, pergi sana sini, boleh tengok TV, serba serbi best la hidup kau selama ini.

Dalam pada masa yang sama, Fazariah turut sempat menyatakan selama 25 tahun kakaknya itu duduk di Semenanjung Malaysia, tiada apa-apa pun berlaku terhadapnya sehinggalah dia berkahwin dengan lelaki terbabit.

jahidah koma dipukul suami

Susulan itu, dia mengucapkan selamat berehat di penjara buat bekas abang iparnya itu kerana sudah berlaku kejam terhadap Jahidah hingga wanita itu koma hingga ke hari ini.

Sekadar info, Hakim Hazeelia Muhammad telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun buat pelaku yang bernama Rosmaini selepas pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

netizen berang bekas suami jahidah masih bebas

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*