Lambat Keluar Dari Pusat Beli Belah Selepas Membeli Nasi Ayam Punca Isteri Dit4mpar Suami

Hanya kerana lambat keluar dari pusat membeli-belah selepas membeli nasi ayam, seorang isteri telah ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek yang ditahan pada Sabtu direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

 Asisten Komisioner Norhizam Bahaman

Dia turut berkata, permohonan reman itu dibenarkan Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat bermula hari ini.

Suspek dipercayai tidur dalam kereta selama menghilangkan diri ketika dikesan pihak polis.

Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dipercayai membeli nasi ayam di dalam pusat beli-belah berkenaan. Mangsa didakwa lewat keluar mengakibatkan suspek berang sebelum bertindak menampar mangsa.

Sebelum ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah sambil memegang bungkusan plastik, sebelum seorang lelaki menghampiri dan menamparnya di khalayak ramai.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*