
PELAKON Linda Hashim mendedahkan dia dan suami iaitu Beego pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan mereka kembali rujuk pada April 2023.
Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
“Kali pertama kami bercerai pada Mac 2023 dan ketika itu kecoh kami rujuk semula sebulan kemudian.
“Tak ramai tahu yang kami bercerai buat kali kedua pada penghujung tahun sama namun kami rujuk semula di luar mahkamah.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga sejak 2013.
“Malu juga dengan keluarga dan saya tak mahu orang fikir saya mempermainkan institusi perkahwinan tetapi perkara ini terjadi atas kehendak-Nya. Saya sudah usaha tapi ini takdir saya,” katanya.
Mengulas mengenai tindakannya memfailkan penceraian terhadap Beego buat kali ketiga, Linda menjelaskan keputusan itu bukan dibuat mengikut perasaan sebaliknya sudah difikirkan sedalam-dalamnya.
Kata Linda, dia tekad dengan keputusan tersebut kerana masalah sama tetap berulang dan sudah berkali-kali memberi peluang kepada suami namun tiada hasil.
“Berbulan-bulan saya dapatkan nasihat di mahkamah, pejabat agama, polis dan agamawan tentang perkahwinan saya ini.
“Itu usaha saya untuk selamatkan rumah tangga kami.
“Saya sudah bagi peluang dan cuba perbaiki masalah yang sama selama 11 tahun kami bersama. Saya rasa cukuplah sampai di sini,” jelasnya.
Linda bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca dia nekad mahu bercerai kerana ingin menjaga aib suaminya.
“Kalau saya dedahkan nanti susah dia hendak mencari nafkah untuk anak-anak kami. Kasihan dekat dia pula nanti.
Saya bukan ego atau berlagak untuk menerima kemaafan.
LINDA HASHIM
PELAKON
“Biarlah apa yang terjadi saya simpan dan tutup aib Beego dengan sebaik-baiknya,” kata Linda.
Sementara itu, Linda tanpa berselindung mengaku sudah tidak sebumbung dengan Beego dan kini membawa haluan masing-masing.
Bagaimanapun Beego masih bertemunya kerana urusan melibatkan anak-anak selain memujuknya agar membatalkan niat untuk bercerai.
“Dia tahu apa yang berlaku adalah salah dia. Beego ada pujuk dan minta maaf tapi saya tidak tahu dia ikhlas atau pun tidak.
Linda dan Beego bersama tiga orang anak mereka.
“Dia pujuk tapi masih lakukan perkara yang sama.”
“Saya bukan ego atau berlagak untuk menerima kemaafan cuma ia akan beri kesan kepada saya dan anak-anak,” luahnya.
Pada Rabu peguam mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin mengesahkan aktres itu memfailkan penceraian atas alasan sudah tiada persefahaman.
Kes tersebut bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Linda reda dengan takdir tertulis buat dirinya.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
la berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
sumber: mstar
Leave a Reply