Nora Ariffin Reda Bercer4i Hari Ini – ‘Segala Keputusan Saya Terima Dengan Hati Terbuka & Berlapang Dada’

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin reda sekiranya perkahwinan bersama suaminya, Dr Rushdi Ramli berakhir pada sebutan perceraian pertama di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Nak mula kehidupan baru

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wan Norafizah Ariffin, 52, berkata dia mahu memulakan kehidupan baharu tanpa persekitaran dan dikelilingi individu yang toksik.

Kami ada berjumpa tapi tidak berbincang tentang perkara ini sebab menanti apa yang akan berlaku.

Saya pun tidak mahu tanya kerana saya mahu dia buat keputusan dengan rela hati.

Dia juga tahu apa yang saya mahu. Kami tak bergaduh cuma berjanji selesaikan dengan cara baik.

Nora berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pada Selasa.

Nora yang juga ditemani peguam mewakilinya, Sarah Mohd. Ali berkata dia enggan meletakkan sebarang jangkaan berkenaan proses perceraian hari ini.

Saya pun tak tahu, kalau nak teruskan, banyak cabaran, benda lain dan tak mahu melalui banyak perkara sama.

Saya serahkan kepada pihak mahkamah. Saya tak berani nak jangka sebab tak pernah melalui situasi ini.

Segala keputusan yang saya dengar kejap lagi, saya akan terima dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Nora tiba di mahkamah bersama kakak angkatnya, Rafeah Ariffin pada jam 8.35 pagi.

Enggan jelas

Sementara itu, Dr. Rushdi yang hadir pada jam 9 pagi pula berkata tidak mahu menjelaskan lebih lanjut berhubung prosiding hari ini.

Saya tak mahu memberi sebarang komen selepas perbicaraan selesai.

Saya akan bercakap apa yang sepatutnya di hadapan hakim. Biar pihak mahkamah yang tentukan.

Tentang lafaz cerai, saya tak boleh beritahu. Sesiapa yang tanya pun saya tidak jawab.

Sebelum ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian pada 21 April yang lalu.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*