‘Ini Bukan Saya, Apa Yang Sama?’ – Nilam Ortiz Tak Maafkan Pemfitn4h, N4fi Diri Wanita Berpurdah Putih

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan wanita berpurdah dalam kereta bersama suami adalah dirinya.

Tak akan maafkan!

@puan_nilamortiz

dari semalam terlalu banyak fitnah yang di lemparkan kepada aku, aku dan si … ni adalah orang sama, walahi bukan aku, dan secara offisialnya aku tak akan maafkan siapa yang menulis, menambah, bercerita dan apa sahaja mengatakan itu aku. aku orang jarang terasa sebab aku rockers 🤣🤣🤣 tapi kali ni hancur, siap lentok laGi. kerana orang ni la ANAK AKU HILANG, SUAMI AKU HILANG, dan wahai PENAMBAH PERISA,PENFITNAH DEMI TUHAN AKU TAK AKAN MAAFKAN, TERIMA KASIH😔😔😔@FOUNDER NILAM EMPIRE

♬ kembalikan senyumku – 𝚡𝚙𝚛𝚎𝚜𝚒𝚖𝚞𝚜𝚒𝚔

Menerusi TikTok, Nilam meluahkan rasa kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.

Ujarnya, dia tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang mendakwa wanita tersebut adalah dirinya.

Dari semalam terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada aku mengatakan aku dan si dia ini adalah orang yang sama.

Wallahi bukan aku dan secara officialnya aku tidak akan memaafkan sesiapa yang menulis, menambah, bercerita dan apa sahaja yang mengatakan itu adalah aku.

Menerusi perkongsian yang sama, Nilam turut memuat naik foto membandingkan bahagian matanya dan wanita berpurdah berkenaan.

Apa yang sama? Wahai pemfitnah, tiada kemaafan bagimu.

Hilang anak kerana wanita itu?

@maizila1

alhamdulilah TQ anjeee cayunkkk selalu ada dengan Anje walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu kat cayunk sorang ni. #cintamatiku #ak #azlankomeng #future #inshallah

♬ Sumpah Dan Cinta Matiku – NIDJI

Dalam pada itu, Nilam turut menyorot perhatian apabila mendakwa wanita itu menjadi punca dia kehilangan anak serta kehancuran rumah tangganya bersama Azlan.

Kerana orang ini lah anak aku hilang, suami aku hilang.

Dan wahai penampah perisa, pemfitnah, demi Tuhan aku tak akan maafkan.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan.

Menerusi perkongsian yang dibuat, individu yang bernama Maizila itu meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun pelakon itu sibuk dengan kerjayanya.

Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*