Pengorbanan Berharga! Bapa “Rela” Tinggal Dlm Khemah Asalkan Anak-Anak Mampu Jejak Universiti

 

Kisah seorang pelajar UTM, Skudai telah menarik mata ramai masyarakat sebelum ini. Pelajar yang sedang mengikuti program Ph. D dalam jurusan kejuruteraan awam menjadi perhatian berikutan pemandu kenderaan IPD bertindak menghantarnya pulang.

Pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Maznah bt Ismail. Kehidupan sebenar keluarga Maznah akhirnya diketahui umum apabila keluarganya tinggal dalam serba kekurangan dan berg4ntung kepada khemah untuk berteduh.

Sumber Facebook

BERTEDUH BAWAH KHEMAH BERSAMA ABANG

Maznah yang terkandas di tempat pengajian berikutan pandemik Cov1d-19 akhirnya dibenarkan pulang ke kampung halaman setelah kerajaan bertindak melonggarkan syarat-syarat sekatan.

Yang menyayat hati ramai, apabila difahamkan khemah yang didiami Maznah turut diduduki oleh abang kandung, Redzuan Ismail, isteri dan 6 lagi orang anak. Menjadikan ruang kediaman sedikit ses4k.

Sumber Facebook

Menurut cerita, rumah pusaka peninggalan arwh ayah mereka hangus terbakar pada Oktober 2015. Kemudian, setelah ibu Maznah pula “pergi”, Maznah rela hati menyerahkan rumah tersebut kepada abangnya.

BERI PENGAJIAN BAIK BUAT ANAK-ANAK

Redzuan yang hanya bekerja di kilang sawit hanya mampu peroleh RM1,200 sebulan dan terpaksa menyekolahkan enam orang anak.

Disamping itu, Redzuan dan isteri juga ada mengusahakan kebun secara kecil-kecilan demi menampung kekurangan mereka sekeluarga. Anak sulong Redzuan yang berusia 22 tahun kini sedang belajar di UIA, Gombak.

Sumber Facebook

Anak keduanya pula belajar di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dan anak ketiga lulusan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

ADA PIHAK DAH HULURKAN SEDIKIT BANTUAN

Sebelum ini Maznah (kini Redzuan) ada membuat permohonan untuk dapatkan rumah PPRT daripada pihak berwajib. Namun rezeki belum tiba, sehingga kini permohonan mereka belum diluluskan.

Sumber Facebook

Dalam pada itu, dikhabarkan mereka sekeluarga telah pun dikunjungi Ketua Wilayah Timur, Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS, iaitu Mohd. Shahrizad Abu Kasim yang juga sempat menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai segera dan makanan asas.

Kisah Maznah dan abangnya cukup hebat, biar pun hidup dalam serba kekurangan namun mereka masih berusaha memberikan pengajian terbaik buat anak-anak.

Sumber Facebook

Semoga mereka dimurahkan rezeki kelak dan mendapat bantuan untuk memiliki rumah sendiri demi keselesaan mereka anak beranak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Info Meecks

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*