Dah besar tapi perangai tetap sama, Samsul bikin ger4m lagi

Biasanya apabila kita bercakap tentang kucing yang suka menimbulkan kekacauan, pasti kucing berwarna oren yang muncul di dalam fikiran.

Namun kucing seorang pengguna TikTok ini juga boleh tahan perangainya kerana sering sahaja merosakkan harta benda di dalam bilik tuannya walaupun dia bukan seekor Oyen.

Kucing yang dimaksudkan adalah si Samsul yang dulu pernah tular kerana memutuskan kabel pengecas pemiliknya bernama Eja.

Walaupun pada ketika itu Samsul masih kecil, dia sudah membuat tuannya penat dengan kenakalannya. Kini si Samsul sudah besar jadi lebih huru hara jadinya kehidupan lelaki dari Indonesia itu.

Dalam video yang tular baru-baru ini, Samsul telah dibebel lagi kerana menggigit wayar elektrik. Pengguna TikTok tersebut memberitahu kucingnya itu bahawa menggigit wayar elektrik tidak akan memberikannya kuasa, dan Samsul hanya duduk mendengar bebelan dari tuannya dengan muka tidak bersalah.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa ger4m terhadap kucing itu.

“Masih sama perangey…”

“Dari kecil sampai besar makan cable aje…”

“belikan mainan utk anak bulu dia tapi tetap nak main cable…”

“Mampus tuan kau nak …”

Sehingga setakat ini Samsul telah pernah merosakkan wifi, meruntuhkan langsir, dan menjatuhkan kipas. Ternyata menjaga kucing seperti Samsul memerlukan kesabaran yang tinggi, namun dia jugalah yang memeriahkan hidup dengan gelagat nakalnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*