Kucing lena selepas berbuka, gelagat tidur bikin ramai terhibur

Ada ada sahajalah gelagat kucing yang tidak pernah disaksikan oleh wargamaya dikongsikan oleh yang memelihara haiwan comel itu dimana ada kucing yang sangat bijak, malah baru baru ini kucing pandai senyum mendapat perhatian ramai.

Biarpun begitu, nampaknya telatah seekor kucing yang diberi nama si abu ini tak kurang comelnya juga apabila telatahnya mengvndang wargamaya terhibur.

Ujar pemilik kucing ini bahawa si comel yang dipanggil si abu itu lena selepas berbuka puasa. Mungkin terlalu kenyang menyebabkan kucing ini begitu lena sampaikan syok bersandar di kotak.

Perkongsian atas nama Nazim Teneniaauw itu membuatkan wargamaya juga turut tercuit hati dengan kecomelan si abu itu sehingga diruangan komen dipenuhi dengan reaksi lucu pula.

Ada juga yang merasa cemburu kerana meskipun tinggal di bengkel namun tetap bersih dijaga oleh pemilik akaun TikTok itu.

“Alooo tervk sangat cara tu. Comel ja”

KucingIMG_20210504_132213

“Apesal heh dia comel sangat. Pastu still nampak bersih jee kalah kucing-kucing aku yang duduk rumah haishh”

IMG_20210504_132230

“Dia punya kenyang… sampai duduk menyandar pun boleh tidur tu”

Kucing

Walau bagaimanapun, sepertinya kucing yang diberi nama si abu ini sudah mempunyai ramai peminat kerana telatahnya yang selamba sering mencuit hati wargamaya apabila dikongsikan pemiliknya diruangan TikTok.

SumberNazim Teneniaauw

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*